suria

Sampai tergolek atas sejadah, si bongsu buat perangai halang ibu balik kampung - “Setiap pagi mak buat sarapan”

Huzaimi menjadi perhatian netizen gara-gara video dia memeluk ibunya di atas sejadah.

VIDEO tular memaparkan seorang pemuda yang sedang memeluk ibunya di atas sejadah meraih perhatian netizen di media sosial.

Dalam video itu, Nor Rohani Hashim, 63, baru sahaja selesai menunaikan solat asar sebelum dia dipeluk erat anak bongsunya, Mohamad Huzaimi Jayaha.

"Pujuk mak tak nak bagi balik kampung, suruh duduk dengan aku," tulis Huzaimi pada kapsyen video di aplikasi TikTok.

Bercerita kepada mStar, Huzaim, 25,i yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mendedahkan dia bertindak begitu kerana berat hati melepaskan ibunya balik ke kampung.

"Mak saya menetap di Perak. Dia datang duduk rumah saya di Penang selama seminggu sebab saya rindu. Sejak saya duduk rumah baru ni, dia tak pernah lagi datang tidur sini. Sebab tu saya pujuk dia datang.

"Biasanya saya yang akan balik kampung. Tapi kali ni mak datang tinggal di rumah saya. Selepas seminggu, abang saya datang untuk bawa mak balik. Biasalah orang tua, dia rindu pokok-pokok bunga di kampung.

Saya rasa beruntung sebab masih boleh rasa kasih sayang mak.

MOHAMAD HUZAIMI JAHAYA

"Masa tu mak baru lepas solat. Saya peluk dan pujuk mak sebab tak nak bagi dia balik. Masa saya buat perangai tu, saya tak sedar abang rakam video. Dia kemudiannya hantar video tu ke group famili," ujarnya.

Menurut Huzaimi, dia sama sekali tidak menyangka video tersebut akan tular sehingga meraih lebih 136,000 tontonan dan dihujani pelbagai komen netizen di aplikasi TikTok.

"Memang tak sangka ia akan viral. Saya kongsi ke TikTok sekadar untuk suka-suka saja. Saya memang manja dengan mak, tak kira di mana-mana saya akan peluk cium mak.

ARTIKEL BERKAITAN: Youtuber tinggal ibu, berkorban demi misi bantuan 17 hari di Afrika... Rasa insaf tengok kanak-kanak rebut makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata ibu meleleh di rumah pengasuh, pelukan hari terakhir undang rasa hiba - “Tak terbalas apa yang Mak Ani buat”

"Rasa terharu baca komen netizen. Ramai yang bagi kata-kata positif. Ada juga yang cakap saya beruntung dan pesan supaya jaga mak elok-elok. Memang saya rasa beruntung sebab masih boleh rasa kasih sayang mak," ujarnya.

Sepanjang keberadaan ibunya di Pulau Pinang, Huzaimi berkata dia cukup gembira, malah hidupnya juga lebih terurus.

huzaimi2

Huzaimi bersama ibunya.

"Ada perubahan apabila mak datang. Setiap pagi mak buat sarapan, balik kerja rumah dah kemas. Saya tak bagi mak buat kerja, tapi dia bosan dan sudah terbiasa buat kerja rumah di kampung.

"Jadi hidup saya lebih terurus apabila ada mak. Apabila balik kerja, mak ada atas sofa. Saya juga akan bawa dia jalan-jalan, makan di luar sepanjang seminggu tu," ujar Huzaimi yang masih bujang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain