suria

Rumah flat berlumut dijual murah, siap boleh ‘nego’ jadi perhatian - “OK je kalau jenis pergi kerja balik terus tidur”

Kediaman pangsapuri yang terletak di Selangor. -Gambar Facebook

DALAM mencari kediaman untuk dibeli, pasti banyak faktor perlu diambil kira termasuklah bajet dan keadaan rumah.

Tidak semestinya unit baharu, malah kediaman second hand turut menjadi pilihan jika sesuai dengan kriteria ditetapkan.

Selain harga yang menjadi faktor, turut dilihat adalah lokasi, akses dan kemudahan.

Sebelum membuat pilihan, tentunya gambar-gambar bahagian luar dan dalam kediaman banyak membantu bakal pembeli sebelum datang sendiri untuk melihatnya.

Setiap orang mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri. -Gambar hiasan / Freepik

Tular di Facebook baru-baru ini mengenai jualan unit pangsapuri di Selangor dilengkapi tiga bilik tidur dan sebuah bilik mandi.

Dijual pada harga RM70,000 dan masih boleh dirunding pastinya unit ini menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, tiada gambar di bahagian dalam rumah yang dipaparkan kecuali foto bangunan pangsapuri dengan keadaan seperti sudah lama ditinggalkan.

Di ruangan komen, iklan rumah untuk dijual dengan hanya sekeping gambar luar bangunan ternyata menimbulkan pelbagai pandangan dan reaksi netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap 'cop' suka buat bising... "Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40!"

ARTIKEL BERKAITAN: Flat ke teres ni? Lain macam selera B40, pasang awning terus dapat 2 parkir - "Beli kondo pun parking kereta jauh"

Keadaan dindingnya yang teruk dengan lumut dan kehitaman membuatkan segelintir mereka menyifatkan ia seperti 'pangsapuri berhantu'.

"Sekali tengok dah macam flat berhantu dah.

Ini ke view terbaik flat ni?

NETIZEN

"Seram pula tengok keadaan flat tu, nampak tunggu masa runtuh sahaja.

"Rumah ni dah boleh paranormal.

"Tempat jin bertandang ni," demikian antara komen netizen, merujuk kepada lokasi yang jauh terasing atau tidak dikunjungi orang.

Antara komen netizen.

Pada masa sama, ada antara mereka turut menegur ejen hartanah yang mengiklankan unit berkenaan kerana tidak menunjukkan secara terperinci rumah yang hendak dijual.

"Mana satu rumahnya?

"Ini ke view terbaik flat ni?

"Rumah macam ni ada ke orang nak tinggal? Mungkin kalau kasi cat nampak elok sikit," komen netizen.

Walau bagaimanapun, mereka tidak menafikan harga rumah tersebut mampu milik dan keadaan dinding yang berlumut dan kusam boleh dibersihkan dan dicat baharu.

"Gila hebat... mana nak dapat macam ni punya harga. Bangunan air brush.

"Murah harganya flat ni.

"OK je kalau jenis pergi kerja balik terus tidur. Tak ada masalah pun. Semoga dipermudahkan rezeki masing-masing," kata yang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain