suria

MUA nekad ‘pencen’ mekap wanita free hair! Lega ramai faham-faham sendiri apa sebabnya, tak perlu penjelasan

Natasha mula meletakkan syarat untuk menata rias pelanggan yang berhijab sahaja pada tahun 2017.

SETIAP jurusolek mempunyai 'pantang larang' tersendiri setiap kali mereka menata rias wajah pelanggan.

Begitu juga dengan mekap artis (MUA) dikenali sebagai Natasha Badurin ini yang nekad untuk menerima pelanggan yang berhijab sahaja.

"Saya memang tak mekap client yang free hair. Jadi siapa yang nak saya mekapkan, you all mestilah berhijab. Unless you are non-Muslim," ujarnya menerusi video tular di TikTok.

mekao 4

Antara pelanggan wanita yang pernah menerima sentuhan kreatif Natasha.

Bercerita lanjut kepada mStar, Natasha berkata dia mula menceburi dunia solekan pada tahun 2011, namun mula mengenakan syarat berkenaan pada 2017 atas sebab-sebab tertentu.

"Saya baru letak syarat ini pada tahun 2017. Sebelum 2017, saya terima semua client. Walaupun dah kenakan syarat ini, saya rasa market saya tak berkurang pun berbanding sebelumnya.

"Sebabnya dulu, client saya yang free hair pun tak ramai. Saya letak syarat baru demi kebaikan diri sendiri dan orang lain juga. Saya cuma nak jaga sensitiviti sahaja.

Saya tak cakap sebab apa syarat tu, tapi mereka semua faham. Orang kita ni tak adalah jahil sangat.

NATASHA BADURIN

"Walaupun saya letakkan syarat, Alhamdulillah rezeki masih ada. Setiap minggu masih ada job. Rezeki tak kurang kerana semuanya ketetapan Allah," ujarnya.

Menurut Natasha yang menetap di Semenyih, Selangor, dia juga menerima reaksi positif pelanggan dan rakan-rakan MUA selepas mengenakan syarat berkenaan.

"Dari segi penerimaan, Alhamdulillah, dengan rakan-rakan MUA pun tiada isu apa-apa. Saya berkawan je dengan semua. Walaupun berbeza pendirian, tapi kami saling menghormati.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita ni selfie pun guna filter” - Aurat klien tak jaga, ‘sentap’ jika larang kongsi foto sebelum mekap... MUA ditegur!

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cari pengikut, kini ‘buat duit’! Berbaloi MUA ‘menyelit’ buat content TikTok sambil jaga anak, dah mampu beli Honda

"Dari segi pelanggan pun sama. Biasa ada je yang tanya, jadi saya maklumkan yang saya tak mekap client free hair. Mereka okay saja.

"Sekarang pendedahan ilmu tu makin luas. Jadi ramai yang terbuka dengan syarat ini. Ada la sikit-sikit yang beri reaksi negatif, tapi saya tak kisah. Itu pendapat masing-masing. Kalau tak setuju, itu hak mereka," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, perkongsian Natasha tentang syarat yang diletakkan olehnya menerusi sebuah video TiKTok turut tular dan menerima pujian ramai.

mekap 2

Natasha menceburi dunia solekan pada tahun 2011.

"Tahniah. Moga terus istiqamah jadi MUA patuh syariah.

"Terbaik wanita jaga wanita lain. Semoga rezekimu diberkati Allah.

"Benda yang nampak kecil tapi disoal di akhirat nanti. Tahniah sis," tulis beberapa netizen.

WhatsApp Image 2023-07-19 at 4.51.26 PM

Video Natasha bercerita tentang syarat yang diletakkannya kepada pelanggan tular di TikTok.

Mengulas video tular itu, Natasha berkata dia gembira dengan penerimaan positif netizen, malah berharap ia sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana.

"Alhamdulillah, even dalam video TikTok saya tak jelaskan sebab apa letak syarat tu, tapi Alhamdulillah orang kita faham benda tu.

"Saya cuba berdakwah cara halus. Rasa terkejut, saya tak cakap sebab apa syarat tu, tapi mereka semua faham. Orang kita ni tak adalah jahil sangat," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain