suria

Makan bakso halal, letak keropok babi undang padah! Pemuda mohon maaf selepas dikecam, mengaku tak fikir panjang

Lelaki ini mencampurkan keropok babi ke dalam mangkuk bakso di sebuah restoran makanan halal.

"DILARANG membawa makanan luar."

Notis ini sering dilihat di kebanyakan restoran atau premis makanan.

Namun, masih ada individu yang melanggar peraturan ini sehingga akhirnya menyusahkan orang lain.

Sebagaimana tular di Twitter, seorang pemuda yang juga influencer melakukan sesuatu yang mengundang kecaman ramai umat Islam yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

Segalanya bermula apabila pemuda terbabit merakam dirinya sedang makan di sebuah restoran halal dan kemudian menambah bahan perasa ke dalam mangkuk bakso yang dimakannya.

Tangkap layar video tular.

Selepas itu dia dengan selamba mengeluarkan sepeket makanan yang dibeli dari kedai luar yang menurutnya adalah keropok babi.

Pemuda ini tanpa berfikir panjang terus meletakkan keropok tersebut ke dalam mangkuk baksonya sebelum menjamahnya.

Menerusi video tular yang meraih lebih 2,000 ulang kicau itu turut ditulis pesanan agar pelanggan bukan Islam mengelakkan diri daripada melakukan perkara sedemikian.

Rata-rata netizen begitu marah dengan tindakan lelaki tersebut yang dianggap tidak sensitif terhadap umat Islam apabila makan makanan haram di kedai yang mempunyai sijil halal.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak makan kulit babi goreng demi kejar ‘views’ TikTok, wanita ini mengaku langgar rukun iman... Rupanya sudah 3 kali!

ARTIKEL BERKAITAN: “Keluar rumah, babi-babi ni muncul” - Beri makan sebab jinak, pemuda mohon maaf sebab panggil babi hutan nama manusia

"Semoga para non-muslim boleh menahan diri untuk tidak bawa makanan tidak halal ke restoran yang diiktiraf halal.

"Supaya kami umat Islam boleh boleh bertenang makan makanan sudah dijamin oleh pihak restoran," tulisnya.

Setelah menerima kecaman hebat netizen, lelaki ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengaku kekhilafan diri.

"Jadi masa di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali saya makan bakso A fung. Saya makan bersama keropok babi, juga beli di lapangan terbang.

"Saya betul-betul tak terfikir sebenarnya bakso tu halal jadi tak boleh bawa makanan tak halal untuk dicampurkan.

Minta maaf boleh tapi proses hukum tetap dilanjutkan.

NETIZEN

"Jadi dengan rasa rendah diri saya nak minta maaf dengan semua pihak yang terganggu dan saya betul-betul tak berfikir panjang," katanya.

Walaupun banyak kecaman diterima, namun terdapat beberapa netizen yang memuji cara lelaki ini memohon maaf yang dilihat ikhlas mengakui kesilapan dirinya sendiri.

Diharapkan selepas ini dapatlah kita jadikan kes ini sebagai pengajaran walaupun ia berlaku di Indonesia.

"Minta maaf boleh tapi proses hukum tetap dilanjutkan.

Komen netizen di Twitter.

"Di sebalik apa jadi, saya respect cara dia minta maaf," antara komen netizen.

Memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menurut muktamad dalam mazhab Syafie, khinzir terdiri daripada najis ‘ain dan perlu disamak sebanyak tujuh kali dan satu daripadanya ialah dengan air tanah apabila terkena najisnya.

Ini termasuklah berkenaan penggunaan bekas yang disangka pernah digunakan oleh orang bukan Islam untuk makan makanan yang haram seperti daging khinzir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain