suria

Anak meraung insaf lawat muzium penjara, rupanya mak ayah komplot dengan warden misai... ‘Taubat’ tak main handphone dah!

Anak kecil ini menangis ketika melihat demonstrasi hukuman sebat di muzium penjara.

LAWATAN sambil belajar ke sebuah muzium penjara memberikan satu pengajaran hidup yang cukup berharga untuk kanak-kanak ini.

Bermula dengan gurauan bersama seorang warden penjara yang bertugas di pusat pameran tersebut, namun di akhir lawatan anak kecil itu dilihat menangis tersedu-sedu penuh keinsafan.

Momen mencuit tersebut dikongsikan ibu bapa kanak-kanak tersebut di TikTok sehingga meraih hampir 1.6 juta tontonan.

Seorang warden penjara menunjukkan bagaimana hukuman sebat dijalankan.

'Insiden' di Muzium Penjara Malaysia, Bandar Hilir, Melaka itu tercetus secara selepas seorang warden penjara memberikan penerangan dan demonstrasi mengenai hukuman sebatan yang dilaksanakan bawah perundangan negara.

"Tak boleh rotan dekat pinggang, kena rotan dekat punggung. Apabila nak sebat, kena tarik rotan sehingga sudut 90 darjah, tangan pula kena tarik rapat. Enam kali sebatan untuk satu sesi.

"Lagi satu cara merotan ialah untuk budak-budak yang suka main handphone, dan tak suka dengar cakap ayah dan ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengamuk setiap pagi, menangis macam kena pukul... Ibu kanak-kanak tantrum anggap perkara biasa - “Nombor 2 ni perangainya lain sikit”

ARTIKEL BERKAITAN: Si ibu sampai menangis pujuk, anak tetap memilih makanan! Lepas jumpa doktor barulah lega sikit - “Kalau paksa, dia muntahkan balik”

"Kalau tak dapat handphone, sampai marah dan menangis. Baca buku tak nak, malam-malam pula main handphone sampai lewat, ini hukuman dia," kata warden penjara itu memberikan teguran.

Lebih menggerunkan kanak-kanak itu apabila ibu bapanya turut 'berkolaborasi' menceritakan kesalahan yang pernah dilakukan kepada warden penjara itu.

"Betul tu, dia ni lagi satu liat nak mengaji. Suka curi handphone ibu, banyak kesalahan dia. Cuba tunjuk sikit cara pukul, sedap ni," kata ibu kanak-kanak itu.

Taubat dah budak tu tak main handphone lepas ni, serik habis.

WARGA MAYA

Mendengar aduan sebegitu, warden penjara itu lantas menunjukkan cara sebatan, kononnya untuk kanak-kanak nakal terhadap sebuah patung.

"Kita akan sebat tiga kali dekat bontot, waktu disebat seluar tak boleh pakai. Satu, dua, tiga kali sebat. Ha nak main handphone lagi tak?" soal warden penjara itu sekali gus membuatkan kanak-kanak tersebut gentar.

Takut tidak terhingga, kanak-kanak itu terus memeluk bapanya untuk berselindung sambil mula menangis teresak-esak manakala ibunya hanya gelak besar.

"Ayah..." hanya perkataan itu yang keluar dari mulut si kecil.

Warden penjara ini memberikan teguran yang meninggalkan makna mendalam.

"Ayah pun kalau main handphone kena macam ni juga tau," kata ibunya cuba menambah 'perisa' ke dalam suasana.

"Tak kira la ayah ke, kalau main handphone mesti kena. Jadi nak main handphone lagi tak? Nak main game lagi tak?" kata warden penjara bermisai tebal itu dengan nada yang bengis.

"Kesian, niat hati nak datang berseronok tapi kena macam ni pula," kata ibu kepada anak kecil itu terhibur.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpandangan demonstrasi tersebut sepatutnya dibawa ke sekolah-sekolah untuk memberikan kesedaran.

"Bagus macam ni sebagai pendidikan, boleh bawa ke setiap sekolah, pengajaran untuk anak-anak.

"Taubat dah budak tu tak main handphone lepas ni, serik habis.

"Yang marah pula wak misai, memang termimpi-mimpi la budak tu nanti. Nampak orang bermisai je lepas ni mesti trauma," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain