suria

‘Cik ti’ gembira berkeliaran, wanita kongsi bagaimana boleh dapat penyakit kencing tikus dari kedai runcit

Seekor tikus berkeliaran di sebuah kedai runcit.

LAIN macam selera tikus, patutlah bersaiz lebih besar daripada biasa.

Seorang wanita dikejutkan dengan haiwan perosak itu yang sedang melahap seekor ayam mentah.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah tikus besar itu menikmati ayam mentah yang dijual di sebuah kedai runcit.

Menerusi video berdurasi dua minit yang dimuat naik di laman sosial, tikus atau sering juga dipanggil 'cik ti' tersebut dilihat berada di kotak ais yang menempatkan banyak ayam mentah, dibiarkan dalam keadaan terdedah.

Seekor tikus menikmati ayam mentah yang disimpan dalam kotak ais terdedah.

Bukan sahaja menjadi santapan tikus, malah beberapa ayam mentah lain di dalam kotak sama turut dihurung lalat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan syok makan nasi berlauk, terkesima tengok tikus ratah ayam goreng di restoran... Awas, KKM akan ambil tindakan!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menjerit diganggu tikus ketika 'lepas hajat' sambil main TikTok, keluar tandas 'cover' malu beritahu isteri konon ada hantu

Dalam satu perkongsian, wanita itu mendakwa, dia menyedari kehadiran tikus besar tersebut di luar sebuah kedai runcit di Klang, Selangor, pada pukul 1 pagi.

"Saya rasa dia bukan makan ayam je kot. Ikan apa semua sayur, dia makan sekali sebab semua terbuka," katanya.

Mengakui rakaman dibuat dari dalam kereta, dia bagaimanapun menepis dakwaan segelintir netizen yang mempersoalkan tindakannya yang hanya membiarkan tikus 'bermaharajalela' di kotak ais tersebut.

Sepatutnya pemilik kedai kena sentiasa tutup kotak ais tu. Tak adalah binatang apa-apa pun masuk makan.

NETIZEN

Jelasnya, terdapat individu lain sudah melaporkan perkara tersebut kepada pemilik kedai runcit.

Menurutnya lagi, video yang dimuat naiknya itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kebersihan perlu berada di tahap terbaik bagi mengelakkan penyakit

"Saya hanya berkongsi supaya semua berhati-hati je apabila membeli lauk basah yang terdedah ni," katanya.

Antara komen netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan 'penemuan' tikus tersebut.

"Patutlah sekarang selalu keracunan makanan, sakit.

"Bahaya untuk kesihatan. Boleh terkena jangkitan kencing tikus.

"Kalau lauk basah macam ni kena hinggap lalat pun ku tak beli. Inikan tikus.

"Sepatutnya pemilik kedai kena sentiasa tutup kotak ais tu. Tak adalah binatang apa-apa pun masuk makan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain