suria

Susahnya hidup dapat suami belum ‘putus susu’! Semua ikut telunjuk mak walau dah lama kahwin, isteri tak boleh bersuara

Kisah wanita yang terseksa dengan layanan mentua kerap tular di media sosial. -Gambar hiasan

PERKAHWINAN bukan sekadar penyatuan antara dua jiwa, sebaliknya ia menyatukan dua buah keluarga.

Terbaharu, luahan seorang wanita tentang suami dan ibu mentuanya tular sehingga meraih perhatian ramai di Twitter.

Enggan mendedahkan identiti, wanita itu seolah-olah kesal kerana suaminya masih berada dalam 'genggaman' ibu sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.

WhatsApp Image 2023-07-16 at 5.13.05 PM

Wanita yang menerima layanan kurang baik daripada mentua mungkin akan hidup dalam keadaan tertekan. -Gambar hiasan

"Aku dah nak dekat setahun kahwin. Next month cukup la setahun tu, tapi aku ada masalah bila mentua tak putus susu dekat anak dia. Maksudnya, tak boleh lepaskan suami aku ni hidup berdua dengan isteri sendiri," ujarnya memulakan cerita.

Menurut wanita itu, dia pada awalnya menetap di rumah flat keluarga mentuanya dalam keadaan daif sebelum berpindah ke sebuah rumah sewa baharu.

Meskipun 'bebas' daripada berdepan mentuanya, wanita itu tetap terseksa kerana suaminya akan pulang ke rumah keluarga setiap hujung minggu.

Mentua hari-hari voice note nangis-nangis kat suami cakap sunyi kat rumah tiada siapa.

ISTERI MALANG

"Start dari awal kahwin, aku duduk sementara selama sebulan dekat rumah mentua. Dalam rumah tu ada yang bukan muhrim. Ada ibu mentua, pakcik saudara dan adik lelaki suami. Famili suami duduk rumah flat yang tak sesuai untuk keluarga yang besar.

"Hari yang ditunggu, aku dapat pindah. Itu pun ibu mentua aku bising dekat suami katanya rumah sewa kami mahal sangat. Walaupun dah ada rumah sewa, setiap minggu kami akan tidur rumah mentua. Sebab mentua hari-hari voice note nangis-nangis kat suami cakap sunyi kat rumah tiada siapa," ujarnya.

Tambah wanita itu, rutin mingguan itu membuatkan dia penat sehingga berlaku pergaduhan antara dia dan suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu tak berminat tolong kemas rumah mentua walau menumpang... Selamba beri alasan bukan kediaman sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua tengking menantu perempuan, berang lambat beraya rumah suami... Tanggung malu tetamu penuh rumah!

"Aku reda. Aku ikut suami tiap minggu ke rumah mentua. Sampai satu tahap, aku cakap nak rehat minggu ni, nak duduk rumah nak kemas rumah. Terus suami melenting. Padahal selama ni aku tak pernah bantah. Cuma kali tu je aku nak rehatkan badan sebab penat kerja," ceritanya lagi.

Bagai menambah bara di hatinya, wanita itu berkata dia sekali lagi kesal apabila kehamilan yang sepatutnya menjadi khabar gembira menjadi satu tekanan buatnya akibat sikap mentua yang terlalu mengada-ngada.

"Bulan demi bulan, aku belum mengandung. Ibu mentua aku asyik tanya bila la nak dapat baby ni? Sekarang aku dah mengandung anak pertama, ibu mentua aku suruh berpantang di flat.

"Aku cakap mungkin aku akan balik ke kampung berpantang dengan mak aku sendiri. Terus ibu mentua cakap dekat suami, nanti jauh nak tengok baby. Allahuakhbar, peningnya fikir. Bukan tu je, nama anak pun ibu mentua suruh tanya pakcik-pakcik dia untuk dapatkan maksud baik-baik.

suyami

Suami perlu menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk isteri. -Gambar hiasan

"Sekarang lagi dua bulan, last contract aku dengan rumah ni. Suami ajak pindah duduk dengan ibu mentua sebab aku tak kerja dan dia tak boleh nak tampung sewa. Sedangkan hampir tiga perempat dalam rumah ni aku yang bayar selama ni. Apa aku patut buat ya untuk elakkan daripada duduk rumah mentua?" ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut menerima lebih 1,700 ulang kicau di laman Twitter dan turut dihujani banyak komen netizen termasuklah yang memberi nasihat kepada wanita itu.

"Sementara pregnant ni pergilah duduk rumah parents sendiri dulu. Suami pun bengap, tak cakna mental isteri sendiri.

"Pulangkan suami tu. Patutnya kena tanya sebelum kahwin, apa plan nak stay mana?

"Ada masa kau kena keras sis, jangan ikut je cakap suami," pesan beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain