MEMBALAS jasa ibu bapa sememangnya menjadi tanggungjawab setiap anak, lebih-lebih lagi apabila sudah melangkah ke alam pekerjaan. Tidak kiralah besar atau kecil nilai jasa, namun apa yang penting masing-masing tidak melupakan kewajipan terhadap orang tua yang sudah banyak berkorban selama ini. Namun begitu, tidak dinafikan ada juga segelintir ibu bapa yang sedikit cerewet, berkira atau mengungkit apabila melibatkan perkara ini. Sebagaimana kisah wanita ini, dia berkongsi luahan perasaan mengenai situasi yang dilalui apabila kerap disindir oleh ibu bapa gara-gara 'terkurang' memberi belanja bulanan. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, dia sedikit kecewa kerana ibu bapanya seolah-olah tidak memahami situasinya yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Perkongsian kisah wanita berkenaan di Twitter. "Tahun ni I dah nak kahwin, so now I dah tunang. Kalau I dah bagi duit bulanan, ada satu hari tu, bapa I cakap 'Ni je?? Macam makin sikit je'. "Dia macam tak faham-faham I awal-awal dah mention makin nak dekat date kahwin ni, I akan jimat-jimat duit. Ada satu bulan tu I kasi diorang kurang RM50 sebab I nak servis kereta. "I ada la sekali tu minta tolong sebab I tengah sesak, nak pinjam sikit duit mak I. Dia cakap tak ada duit, then I okay je lah, takpe. I cari cara lain," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Tengah ambil degree, ‘pakwe kerja stabil’ ajak kahwin! Niat nak balas jasa ibu mungkin terpaksa dilupakan ARTIKEL BERKAITAN: “Ya Allah kalau ‘result’ tak elok macam mana nak balas jasa abah” - Anak bongsu keluarga jurutera Disebabkan reaksi tersebut, wanita berkenaan berkata dia kecil hati namun hanya mampu menyimpan perasaan kerana enggan mengeruhkan keadaan. "Entahlah. Kadang parents yang asyik mengharapkan balasan duit daripada anak ni jadi tak best pula. "Daripada ikhlas bagi duit setiap bulan, jadi entah macam rasa tak suka pula sebab nanti takut dapat respons macam bagi diaorang tak cukup," ujarnya. Tak payahlah nak duduk dengan parents. Nanti suami awak pula dia kawal. Parents takde hak ye nak kawal anak lepas dia dah bersuami. NETIZEN Menambahkan lagi rasa sedih, wanita berkenaan berkata ibu bapanya juga sering melontarkan kata-kata berbaur perlian tanpa mengambil kira perasaannya sebagai seorang anak. "Sometimes mak I kan suka tau perli-perli. 'Untunglah lepas ni dah ada orang jadi driver dia, pegi mana-mana sekarang ni dengan tunang dia je.' "Masalahnya since kitaorang tunang ni dah sangat jarang keluar date sebab iyalah, date (tarikh) kahwin nak dekat so focus benda penting sajalah. "Salah ke kalau I nak spend time nanti dengan dia. Pergi sana sini lepas kahwin dan everything kalau dia lebihkan I pun no issue sebab kitaorang nanti kahwin juga. "Mak I punya cara macam I ni dah kahwin terus jadi lupa daratan. Geram betul everytime dia mention macam tu. Kecil hati sangat-sangat. I bukannya lepas kahwin terus ikut laki I. "Kitaorang memang plan nak duduk dengan parents jaga diaorang sementara ada ni," ujarnya lagi. Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. Luahan wanita tersebut yang dikongsikan di laman Twitter @confesstweetMY mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen. Ada yang berkongsi pengalaman hampir serupa dengan wanita berkenaan, malah ada juga yang mengakui melalui pengalaman yang lebih teruk sehingga pernah tidak bertegur sapa. Namun rata-ratanya menasihatkan wanita tersebut supaya bersabar selain berpindah keluar apabila sudah berkahwin kelak. "Allah. Saya simpati dengan situasi saudari ni. Saya harap beliau boleh bertabah. Dan ingat setia dengan suami tu. Bukan buang parents. Tapi stick with your husband. "Tak payahlah nak duduk dengan parents. Nanti suami awak pula dia kawal. Parents takde hak ye nak kawal anak lepas dia dah bersuami. Suami tu jadi syurga kita. "Kalau tak kerja tak tahu la diaorang react macam mana pula. Lagi teruk confessor kena perli agaknya," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube