suria

Dah biasa terhantuk bumbung, khemah pasar malam... Jejaka ini cerita tak mudah jadi tinggi lampai, nak keluar MRT pun kena tunduk

Shak curi perhatian netizen gara-gara memiliki ketinggian luar biasa.

SEORANG jejaka dikenali sebagai Shak tular di media sosial gara-gara memiliki ketinggian lebih 190 sentimeter.

Menerusi video di laman TikTok, Shak yang berusia 24 tahun dilihat sedang berjalan keluar dari sebuah koc Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah tubuh tinggi lampai pemuda itu yang dilihat mencecah bahagian atas pintu LRT.

"Ya Allah kau tinggi-tinggi nak pergi mana bang?

"Makan apa bang sampai boleh tinggi macam ni?

"Nak keluar pintu LRT pun kena tunduk," komen beberapa netizen.

Saya agak terkejut, ingatkan tinggi saya ni biasa je tapi sebenarnya luar biasa.

SHAK

Bercakap kepada mStar, Shak menganggap ketinggian yang dimiliki sebagai satu anugerah meskipun sering berdepan pelbagai cabaran gara-gara kelebihan itu.

"Belah bapa saya memang tinggi belaka. Zaman sekolah dulu saya ni pemalu tapi tula, apabila ketinggian ni agak jelas jadi saya kadang-kala nak sembunyi pun susah. Banyak kali saya terhantuk bumbung, khemah pasar malam, bus stop.

"Lepas tu naik public transport seperti bas dan Grab kaki memang sempit sampai kena bersila atas kerusi. Nak basuh pinggan dekat sinki memang kena bongkok sampai sakit belakang," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Siapa jejaka ‘tinggi luar biasa’ persis bintang Korea Lee Kwang Soo berjalan di tengah KL? - “Umur 5 tahun dah sama tinggi abang”

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka tinggi lampai tebal muka berkali-kali terlanggar chandelier di restoran... paling win ada nak upah pasang langsir raya tapi kalau jadi model boleh je!

Menurut Shak, dia juga terkejut apabila dirinya tular di TikTok, namun melihat ia sebagai peluang untuk mengekspresikan minatnya terhadap fesyen.

"Saya agak terkejut. Sebab saya ingat tinggi saya ni biasa je tapi sebenarnya luar biasa. Dalam masa yang sama juga, saya dapat express minat saya dalam fesyen.

"Sebenarnya saya boleh kata memang susah nak cari pakaian untuk orang tinggi sebab saiz di Malaysia sama ada terlalu besar atau terlalu kecil untuk saya. Kadang-kadang perlu alter dan last case perlu thrift sebab item thrift mostly saiz orang orang tinggi.

shak2

Shak yang berasal dari Johor kini bekerja di Kuala Lumpur.

"Pada mulanya saya ada berdepan kesukaran dalam berfesyen, tapi fesyen bagi saya adalah satu discovery yang boleh dicuba mengikut keselesaan masing-masing. Lama lama dapat jumpa style sendiri dan menjadi senang untuk berfesyen," ujarnya.

Dalam pada itu, Shak berkata komen-komen pujian tentang ketinggiannya memberi semangat untuk dia terus menghasilkan content berkaitan fesyen pada masa akan datang.

Dia turut berpesan kepada individu yang memiliki ketinggian sepertinya agar terus yakin dengan kelebihan diri kerana setiap orang memiliki keunikan masing-masing.

shak3

Shak guna platform TikTok untuk ekspresi minatnya terhadap fesyen.

"Banyak sangat komen kadang-kadang tak perasan. Saya pun jarang baca komen satu-satu. Komen pujian ni memang beri saya motivasi untuk express serta cipta content tentang fesyen.

"Yang (komen) nak berkenalan, nakal-nakal ni saya tak pandai layan sangat. Bagi saya, jadi diri sendiri je sebab setiap orang dalam dunia ni ada keunikan masing-masing.

"Just embrace saja kelebihan diri dan make sure surrounding pun kena positif," ujar Shak yang kini bekerja di Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain