"INILAH ulang tahun kelahiran yang paling manis dan tidak akan dilupakan sehingga bila-bila." Demikian kata Nor Artiqah Abu Bakar mengenai kejutan yang diterima sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini. Mana tidaknya, hari jadi yang jatuh pada tanggal 19 Julai lalu turut diraikan oleh kru kabin pesawat AirAsia bersama para penumpang yang menaiki pesawat sama. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Video momen kejutan yang dimuat naik di laman TikTok miliknya sehingga kini meraih lebih 406,000 jumlah tontonan. Mengimbas kembali detik manis tersebut, wanita yang senang disapa Artiqah ini berkata, ketika itu dia bersama dua rakan baiknya menaiki penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Murid buat ‘road block’ depan kelas, tak bagi cikgu masuk! Rupanya sibuk siapkan kejutan hari jadi... Paling terharu kutip RM1 seorang ARTIKEL BERKAITAN: Anak akur hari jadinya tiada sambutan khas! Menangis ketika diraikan walau tumpang majlis birthday sepupu - “Dia tulis ucapan untuk diri sendiri” "Kami dalam perjalanan pulang selepas bercuti selama dua hari di Pulau Pinang. Kebetulan birthday jatuh pada waktu cuti umum, tiket pun murah jadi kami plan nak jalan-jalan. "Sebelum itu, dua kawan baik saya memang dah beri ucapan hari jadi... so tak jangka mereka nak buat kejutan lagi. "Masa masuk dalam flight, saya jalan belakang sekali, sementara seorang rakan baik ni beli minyak wangi jadi dia ke bahagian depan untuk ambil barang yang dibeli tu. "Rupanya, sambil dia ambil, dia sempat request kepada kru kabin untuk buat kejutan sempena hari jadi saya," kongsi wanita berusia 28 tahun ini. Sepotong kek yang dihadiahkan oleh kru kabin Air Asia sempena hari jadinya. Berkongsi lebih lanjut, Artiqah berkata selepas selesai menikmati makanan di dalam pesawat, dia dan penumpang lain dikejutkan dengan pengumuman daripada salah seorang kru kabin. "Tiba-tiba seorang kru kabin buat pengumuman memaklumkan salah seorang penumpang menyambut hari lahir hari ini. Saya ingat orang lain sebab kru kabin sebut nama 'Afiqah'. "Tapi bila kawan rekod video, barulah tahu kejutan tu untuk saya. Kru kabin minta datang ke depan dan ajak penumpang menyanyi lagu hari jadi. Itu merupakan pengalaman kali pertama saya menaiki kapal terbang... sudah tentu gembira tapi ia jadi 'double happiness' kerana terima kejutan tak disangka. NOR ARTIQAH ABU BAKAR "Waktu tu rasa malu dan tebal sangat muka. Siap dapat sepotong kek pula daripada kru kabin. Waktu nak kembali ke tempat duduk, penumpang kiri kanan wish hari jadi. "Paling tak sangka, selepas pengumuman itu, sepanjang perjalanan kru kabin putar lagu hari jadi hingga mendarat," cerita wanita yang berasal dari Gua Musang, Kelantan ini. Tambah Artiqah yang bekerja dalam bidang pengurusan hartanah di Kuala Lumpur, dia tidak menyangka pengalaman kali pertama menaiki kapal terbang akan menjadi kenangan paling manis seumur hidupnya. Artiqah bersama dua rakan baiknya bercuti di Pulau Pinang. "Itu merupakan pengalaman kali pertama saya menaiki kapal terbang... sudah tentu gembira tapi ia jadi 'double happiness' kerana terima kejutan tak disangka. "Kru kabin dan penumpang lain pula sporting, memang happy bercampur terharu. Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka dan juga netizen yang turut sama beri ucapan hari jadi dalam ruangan komen," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube