suria

Isteri baru lepas bersalin buat check-up di bilik doktor, suami tunggu luar angau tengok awek seksi - “Rasa lebih sakit dari beranak”

Melahirkan anak merupakan fasa kritikal untuk seorang wanita dan memerlukan sokongan suami. -Gambar hiasan

PASTINYA luluh hati seorang isteri apabila mendapat tahu suami mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang wanita menceritakan bagaimana dia melihat seorang lelaki di hospital menduakan isterinya yang baru selesai bertarung nyawa melahirkan anak.

Menurut wanita itu, kelahiran cahaya mata ke dunia seharusnya menjadi momen paling berharga untuk seorang bapa namun lain kisahnya buat lelaki ini.

Perkongsian asal di TikTok.

"Waktu tu saya baru lepas melahirkan anak pertama saya. Seminggu selepas dah bersalin, saya pergi ke klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan ibu dan bayi.

"Selepas ambil nombor giliran di kaunter, macam biasalah saya pun menunggu. Di sebelah saya pada masa tu ada seorang lelaki tengah tunggu isteri dia di luar.

"Isteri dia juga macam saya, sedang buat pemeriksaan dengan doktor selepas baru lahirkan anak. Sambil menunggu, suami dia tu asyik betul duduk main phone.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi! Suami mengorat nurse di wad saat isteri nak bersalin - “Call suruh masuk tengok, hanya reply OK selamat berjaya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku doakan tak keluar anak tu nanti” – Kantoi foto cium tangan perempuan, suami doa isteri tengah sarat mengandung mati masa bersalin

"Saya ternampak dari jauh apa yang dia sedang tengok, terkejut rasa, rupanya gambar perempuan yang seksi-seksi di Instagram," cerita wanita itu terkedu.

Tambah wanita itu, lelaki berkenaan juga ralit menekan butang 'like' untuk setiap gambar wanita dengan pemakaian yang mencolok mata di Instagram tersebut.

"Syok betul saya tengok dia scroll Instagram stalk perempuan seorang demi seorang. History search dia penuh dengan akaun perempuan seksi.

Benda yang aku paling menyesal ialah kahwin. Sebenarnya kalau kau berkerjaya, kau hidup seorang lagi aman.

WARGA MAYA

"Ligat betul tangan dia tekan 'like' satu-satu gambar perempuan tu. Tak lama selepas tu, isteri dia pun keluar dari bilik doktor dengan jalan terkedek-kedek sebab masih sakit sambil bawa bayi.

"Saya tak nak ambil pusing sangat sebab itu suami orang lain. Tapi memori dalam otak ni masih tak boleh padam. Saya terimbas bekali-kali apa yang berlaku tu.

"Rasa sakit hati ni seperti lagi sakit dari masa beranak tu. Waktu kejadian tu saya hampir nak keluarkan air mata, nasib baik saya pakai pelitup muka, jadi orang tak perasan sangat," ujar wanita tersebut.

Wanita itu berkata dia bersimpati dengan nasib isteri terbabit kerana seorang suami seharusnya menjadi tempat wanita untuk bergantung harap.

Rumah tangga bahagia bermula dengan suami yang tahu menjaga batas. -Gambar hiasan

"Saya rasa kesian sangat. Perempuan ni lepas berkahwin, dia akan ikut suami dan tak ada kawan dah. Suami la segala-galanya. Lepas tu fasa seterusnya, bila dapat anak.

"Emosi berpantang tengah sakit ni memang gila kalau suami buat hal. Perempuan je yang diharapkan untuk menjaga anak padahal yang buat anak tu lelaki bini sekali.

"Banyak benda perempuan korbankan bila ada anak ni, badan dia dah tak akan jadi sama seperti anak dara. Saya pun menangis tengok stretch mark dekat perut ni.

"Saya sedih tengok keadaan badan saya sebab tahu tak akan seperti dulu lagi," kata wanita itu.

Hati seorang wanita pasti berkecai jika tidak dikasihi suaminya. -Gambar hiasan

Sebagai wanita, dia berasa sesal apabila sesetengah lelaki sanggup bertindak sedemikian terhadap isterinya.

"Perempuan sanggup berkorban apa saja apabila dah jadi isteri. Tapi untuk lelaki pula terbalik, lepas bergelar suami, terus jadi orang yang kita tak pernah kenal waktu sebelum kahwin. Mula tunjuk belang sebenar.

"Percayalah, seburuk mana pun perangai suami, seorang perempuan pasti akan cuba menerima yang seadanya walau diri terseksa. Kadang dalam hati ni ada rasa macam nak doa yang bukan-bukan untuk suami tapi kena sabar.

"Untuk lelaki, tolong jangan normalisasikan perkara yang menyakitkan hati wanita, belajar untuk setia," kata wanita itu menutup bicara.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga berkongsikan kisah yang sama.

"Benda yang aku paling menyesal ialah kahwin. Sebenarnya kalau kau berkerjaya, kau hidup seorang lagi aman. Kau jagalah anak angkat, lagi tenang.

"Suami saya sebiji juga macam ni, saya dah malas nak tegur sebab tak pernah berubah, hanya akan rosakkan mood saya je," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain