TERSILAP memilih rakan untuk menyewa rumah, pasti buruk padahnya. Begitulah kisah tragis lelaki ini apabila dia perlu menahan amarah disebabkan perangai jelik rakan sebilik yang dikatakan sudah lanjut usia. Meluahkan isi hatinya di Facebook, lelaki itu berkata segala barang yang dibeli akan sewenang-wenangnya diambil dan digunakan tanpa izin. Kesefahaman antara penyewa adalah satu kemestian untuk mengelakkan konflik. -Gambar hiasan "Seksanya hidup aku, ceritanya macam ni, aku sewa bilik. Dalam bilik tu ada tiga orang sewa sekali. Aku ada beli sabun basuh baju. Aku baru gunakan dalam tiga hingga empat kali je. Aku letak sabun tu di tepi mesin basuh. "Beberapa hari lepas tu bila aku nak gunakan balik, aku rasa paket sabun aku tu dah macam ringan. Lepas tu esok terus habis sabun tu. Benda sama juga untuk makanan ruji yang aku beli iaitu telur, beras. minyak, kicap dan sos cili. "Aku waktu mula-mula beli ingat kot nak rajin memasak tapi bila balik kerja hari-hari letih, benda tu tinggal niat je. Aku selalu makan luar. Barang dapur tu semua aku biar je dulu. ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah untung besar, ubah suai pangsapuri jadi ‘penthouse’ 6 bilik... Kutip sewa lebih RM2,000 tapi bayar bank cuma RM800 sebulan ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah perangai sebenar housemate, suka melawa tapi hakikatnya pengotor! Pad penuh darah pun kumpul dalam bilik air "Jadi ada sehari tu, mood aku nak memasak akhirnya sampai dan aku pun ke dapur. Aku terus terkejut bila tengok apa dah jadi dengan barang dapur aku tu," ujar lelaki tersebut. Menurut pemuda itu, barang dapurnya habis digunakan tanpa langsung meminta keizinan. "Telur sepapan aku beli lesap dan beras sekampit aku pun dah 'kering'. Aku tahankan je perasaan ni dan pilih untuk diamkan diri. Lepas tu aku topup balik telur dan beras tu, aku sempat masak dalam dua hingga tiga kali. Kau dah tak payah tambah apa-apa stok makan dekat rumah tu, kau makan je luar. WARGA MAYA "Sebulan lepas tu aku rehat kejap dari memasak dan bila aku datang check balik, habis disebatnya barang-barang masak aku tu. Panas hati ni rasa tapi aku pilih untuk diam lagi. "Kemudian aku ada beli mi segera dan oat pula, aku simpan stok dekat dapur kalau ada hari aku lapar. Lepas tu satu malam tu aku pun ke dapur nak makan alas perut, aku tengok bekas oat tu dah kosong habis. 'Memang betul menguji ni tapi aku masih cuba fikir rasional. Tapi ia tak berhenti setakat tu, apa yang jadi lepas ni, itu yang betul buat aku hilang sabar. Pening dah aku nak buat macam mana ni," ujar lelaki berkenaan. Makanan ringan seperti mi segera biasanya disimpan sebagai bekalan di rumah sewa. -Gambar hiasan Selesai episod di dapur, kini giliran barangan di tandas pula untuk menjadi 'mangsa'. "Ini yang baru berlaku, aku tengah nak gosok gigi, tiba-tiba aku perasan ubat gigi aku cepat semacam habis padahal aku pakai sikit je. Kemudian aku nampak dekat bekas ubat gigi tu ada kesan picitan yang bukan aku buat. "Dah betul-betul di hujung kewarasan akal ni. Aku ikhtiar kali terakhir sembunyikan ubat gigi aku tu belakang towel nak tengok dia sebat ke tak. Dan ya betul, dia masih tebal muka nak pakai ubat gigi aku tu. "Aku terus pergi sound dia, lama sangat dah pendam ni. Buatkan aku lagi geram sebab housemate yang buat onar ni umurnya dah cecah 50 tahun macam tu. Aku dah pernah cakap dekat dia kalau nak sesuatu boleh minta. Sebahagian komen warga maya. "Aku tak kisah sangat bab makanan tu, ni sampai ubat gigi pun nak disebat. Dah la tak pernah minta izin. Hilang terus sabar aku. Nak tumbuk muka dia tapi dah tua. Aku pun hidup susah juga tapi tak ambil hak orang," kata lelaki itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan perspektif mereka dalam hal ini. "Kau campurkan garam dalam oat, campurkan pewarna pakaian dalam sabun basuh tu, bagi ajar sikit orang yang kurang common sense macam ni. "Niat sedekah je. InsyaAllah rezeki anda akan melimpah ruah. Lagipun tuan ada cakap yang tuan jarang memasak, jadi ada baiknya juga ada orang tolong habiskan beras tu, kalau tak nanti kutu beras masuk. "Kau dah tak payah tambah apa-apa stok makan dekat rumah tu, kau makan je luar. Habis cerita. Kau pun sendiri cakap yang kau bukannya rajin memasak sangat," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube