suria

Misteri PS5 terbiar di parkir, jiran yang over risau! Dah usaha macam-macam, pemilik tetap tak tuntut - “Dia dah tak kisah kot”

PlayStation 5 merupakan barangan berharga, justeru akan dijaga rapi oleh pemiliknya. -Gambar hiasan (kanan)

KONSOL permainan PlayStation 5 (PS5) keluaran Sony menjadi kegilaan ramai dan merupakan salah satu medium hiburan masa kini.

Namun, harganya yang mencecah ribuan ringgit boleh menyebabkan ramai kempunan untuk memilikinya.

Walaupun begitu, lain pula kisahnya di komuniti kejiranan sebuah pangsapurinya yang kecoh dengan penemuan sebuah PS5 dtinggalkan di lot parkir.

Perkongsian asal di Twitter.

Melalui sekeping gambar yang dikepilkan dalam satu hantaran seorang wanita di Facebook, kelihatan sebuah PS5 di dalam beg dibiarkan begitu sahaja di sebalik tiang tanpa ada sesiapa yang mengawasinya.

"Ini apa yang berlaku di grup Facebook kondominium saya hari ni. Ada orang tinggal PS5 di lot parkir dan tiada sesiapa yang nak claim PS5 tu kepunyaan dia," kata wanita tersebut di Twitter.

Seorang penduduk turut membuat pengumuman tentang penemuan PS5 itu di grup Facebook berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: PS5 dikatakan pembersih udara keluaran terbaharu... suami akhirnya ‘terjerat’ jawapan bijak isteri - “Dia pintar atau cuma tengah layan kebodohan aku”

ARTIKEL BERKAITAN: Comel suami dia! Sanggup ‘stop’ makan nasi nak tengok kuku isteri... Tapi tiba-tiba kaget tengok PlayStation 5 atas meja

"Ada PS5 yang entah dari mana ditinggalkan di sebelah kereta Toyota Alphard berwarna putih di lot parkir blok C aras 2. Boleh personal message saya untuk dapatkan semula.

"Saya simpan sekejap PS5 ni sebab takut ada orang ambil," kata penduduk itu prihatin.

Dalam ciapannya, wanita itu turut menyertakan tangkap layar perbualan penduduk kondominium dalam grup Facbeook yang membincangkan tentang PS5 itu.

Apa pun saya sangat berbangga dengan kejiranan ni, mereka jujur dan tak ambil kesempatan nampak PS5 ditinggalkan tengah jalan.

WARGA MAYA

"Pemilik dia dah datang ambil ke? Kalau belum, cuba tengok jika kereta pemilik PS5 tu dah kembali semula ke lot parkir. Dia mungkin tertinggal atau tercicir," kata seorang penduduk.

Seorang lagi penduduk yang menyimpan untuk sementara waktu PS5 berkenaan terus memberikan kemas kini tentang PS5 tersebut.

"Belum, saya dah check. Saya juga ada tinggalkan nota kertas yang tertulis contact saya di cermin depan kereta Alphard tu, setakat ni belum ada yang hubungi saya lagi.

"Okay update terbaru, kereta Alphard tu bukan pemilik PS5. Saya rasa pemilik PS5 tu mungkin dah menghilangkan diri dan tinggalkan PS5 dia di sini.

PlayStation 5 secara rasminya dilacarkan pada 12 November 2020. -Gambar hiasan

"Saya juga berjaya dapatkan email pemilik PS5 selepas saya cuba buka PS5 dia dan cari maklumat yang ada dalam konsol tu. Saya ada hantar email dekat dia, saya siap bagi nombor telefon saya.

"Setakat ni masih belum berbalas, dah dua hari saya tunggu, nombor telefon saya pun dia tak call. Mungkin dia tak kisah dah kot," kata penduduk itu memberikan penjelasan panjang lebar.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, sebahagian warga maya cuba berteka-teki tentang sebab mengapa PS5 itu ditinggalkan tanpa ada sesiapa yang menuntutnya.

"Mungkin dia nak tinggalkan kehidupan lalu yang toksik. Ketagihan PS5 ni memang tak ingat dunia dah. Apa-apa pun PS5 tu boleh bagi saya kalau ada tak ada siapa claim.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Atau isteri dia yang tinggalkan dekat situ, ye la kan perempuan mesti allergic tengok lelaki bagi attention lebih dekat benda gaming macam ni.

"Atau mungkin juga dia sedang jadi content untuk TikTok atau YouTube, jenis content yang nak uji kejujuran seseorang tu. Sebenarnya PS5 tu ditinggalkan dengan sengaja dan ada orang rakam dari jauh untuk tengok siapa yang ambil.

"Apa pun saya sangat berbangga dengan kejiranan ni, mereka jujur dan tak ambil kesempatan nampak PS5 ditinggalkan tengah jalan," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain