suria

Berselera nenek usia lebih satu abad suap nasi lauk udang masak lemak... Cucu kongsi rahsia umur panjang, sejak muda tak jejak klinik!

Video Wan Lipah menjamu selera tular di media sosial.

MEMILIKI umur yang panjang merupakan salah satu nikmat kurniaan Tuhan.

Terbaharu, tular video memaparkan seorang warga emas berusia 102 tahun dari Gemas, Negeri Sembilan yang sedang menikmati sepinggan nasi berlaukkan udang masak lemak cili api.

Dalam video itu, Wan Halipah Hasan yang memakai baju kurung Kedah bersama kain batik dilihat sedang menyuap makanan ketika cucunya, Noraziah, 40, membuat rakaman video.

ennel

Wan Lipah menetap di Gemas, Negeri Sembilan.

Menurut Noraziah, dia sekadar suka-suka berkongsi video neneknya yang digelar sebagai Wan Lipah ke aplikasi TikTok dan tidak menjangka ia meraih ratusan ribu tontonan.

"Wan saya lahir pada tahun 1921, umurnya 102 tahun. Saya terkejut ramai tonton video di TikTok. Alhamdulillah, mereka doakan supaya wan selalu sihat. Saya sayang sangat dengan wan, dia harta dunia akhirat saya.

"Wan ada tiga orang anak. Dua lelaki dan seorang perempuan. Dua anak lelaki wan dah meninggal dunia, meninggal sebab sakit dan seorang lagi sebab Covid-19. Tinggal anak perempuan je iaitu mak saya.

Dulu wan selalu amalkan minum air kunyit dan halia.

NORAZIAH

CUCU WAN HALIPAH HASAN

"Wan ni kelakar orangnya, dia suka membebel, garang pun ada. Wan ada lima cucu. Sayalah yang paling manja. Saya duduk dengan wan sejak lahir sampailah sekarang," ujarnya kepada mStar.

Menurut Noraziah, Wan Lipah berpengalaman sebagai tukang urut, namun bersara sepenuhnya selepas keadaan kesihatannya merosot sejak beberapa tahun lalu.

"Wan sihat, cuma dia tak boleh jalan sebab patah tulang pinggul. Dah tiga kali kejadian patah. Pertama, dia patah pergelangan tangan tapi dah okey. Yang kedua patah tulang pinggul belah kiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur aunty ni hampir 50 tahun tapi cun macam ‘kakak-kakak’, anak tak tercabar malah dedah rahsia ibu awet muda - “Ayah tak cemburu pun...”

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek umur 80 tahun makin ‘panjang langkah’, siap keluar memancing tepi jalan... Rupanya ada kisah di sebalik kerusi roda RM3,000 ini

"Wan dibedah masa dia patah kali kedua. Tak silap masa tu umur dia 80 lebih. Alhamdulillah, berjaya dan boleh jalan. Yang kali ketiga patah tulang pinggul belah kanan, terus tak boleh jalan, dah tiga tahun lebih.

"Dulu wan tukang urut. Sejak patah kali ketiga wan dah tak urut. Dulu dia biasa urut orang bersalin dan urut orang sakit. Atuk saya pula dah lama meninggal, masa saya lahir atuk dah tak ada," ujar cucunya itu.

Menurut Noraziah, Wan Lipah juga pernah berkongsi tentang amalan hidupnya sehingga berjaya bertahan sehingga lebih seabad.

file7ouugh3hvgx1i1wte5ae

Amalan air kunyit dikatakan boleh memberi manfaat kepada kesihatan manusia. -Gambar hiasan Dreamstime/TNS

"Wan tak makan ubat. Apabila sakit, wan banyak minum air suam. Kalau sakit, wan tak pergi hospital atau klinik. Dulu wan selalu amalkan minum air kunyit dan halia," cerita Noraziah lagi.

Menjengah ke ruangan komen di aplikasi TikTok, ramai netizen turut meluahkan rasa kagum melihat Wan Lipah yang masih bertahan sehingga ke usia senja.

"Tersentuh hati bila melihat wajah-wajah insan istimewa begini. Teringat kat arwah mak.

"Alhamdulillah. Selera nampak tok makan. Hargailah mereka selagi masih ada," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain