suria

Suami isteri ‘kayu’ bergambar, atuk muncul selesai masalah ‘malu kucing’! Akhirnya terlentok di bahu cik abang

Pasangan ini malu-malu ketika bergambar sewaktu beraya di rumah saudaranya.

TINDAKAN seorang warga emas mengajar cucunya yang baru berkahwin supaya lebih mesra dengan pasangan tular di media sosial.

Menurut Anis Amira Ahmad Ridzwan, 26, dia sebenarnya masih malu untuk bergambar manja dengan suami, Rashydan Rafi Jamsari, 26, sewaktu berkunjung ke rumah saudara maranya baru-baru ini.

"Gambar tu diambil masa beraya rumah mak ngah dan pak ngah di Gurun, Kedah. Mula-mula tu kami bergambar ramai-ramai satu famili.

"Jadi sebelum gerak balik, saya dan suami pun minta tolong adik ambilkan gambar berdua sebab dekorasi rumah tu cantik sangat.

"Masa mula-mula tu posing kami macam kawan-kawan bergambar je. Setakat buat hand pose peace dan mini love. Semua dalam rumah terdiam tengok kami bergambar," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Jelas Anis, dia yang dahulunya seorang extrovert mula berubah menjadi seorang pemalu setelah berkahwin lapan bulan lalu.

Perubahan ini disebabkan dia mula terikut-ikut sikap suaminya yang sangat pemalu sejak mereka mula berkawan di sekolah pada 2011.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami penyayang, lengkap kriteria idaman wanita... tapi kisah hitam menghantui, isteri masih trauma pernah dicurangi

ARTIKEL BERKAITAN: Suami umur 62 tahun, content creator terus dihina dan disindir hamil anak ketiga - “Ingat dah tak boleh pakai lagi”

Maka, tidak hairanlah sekiranya berlaku adegan 'malu-malu kucing' ketika mereka bergambar sebagaimana dikongsikan dalam TikTok yang tular.

Melihat mereka masih kekok dan kaku bergambar, datuknya, Abdullah Awang Embun, 75, atau lebih mesra dipanggil Tok Ayah segera tampil ke depan dan mengajarnya untuk kelihatan lebih 'manja’ bersama suami.

"Ini kali pertama suami balik beraya di kampung saya jadi dia segan bila semua perhatikan kami masa tu. Famili pula memang dah terbiasa suka menyakat.

Tok Ayah (tengah) cukup menyayangi pasangan ini.

"Jadi bertambah malulah suami saya masa tu. Adik-adik pula semua perempuan jadi mereka seronoklah nak buli abang ipar sulung ni.

"Itu yang menyebabkan Tok Ayah datang 'to the rescue' (selamatkan) kami. Masa dia tiba-tiba datang saya tanya ye Tok Ayah, kenapa? Tiba-tiba ditunjalnya kepala saya dan cakap haaa... lepas tu semua gelak dan bersorak," ujarnya yang merupakan pencipta kandungan (content creator).

Tok Ayah sayang sangat suami saya sebab dia pandai bersembang dengan orang tua dan lemah lembut je berbeza dengan saya yang kasar ni.

ANIS AMIRA

Walaupun suaminya seorang pemalu, Rashydan merupakan cucu menantu sulung kesayangan Tok Ayah kerana pandai mengambil hatinya.

Malah, menurut Anis, tujuannya memuat naik video tersebut untuk mengabadikan momen dengan datuknya yang sudah lanjut usia.

Dalam pada itu, wanita yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini turut terharu membaca komen-komen netizen pada video yang meraih 1.7 juta jumlah tontonan itu.

Anis dan Rashydan sudah berkenalan sejak 12 tahun lalu.

"Selain seorang yang ringan tulang, Tok Ayah sayang sangat suami saya sebab dia pandai bersembang dengan orang tua dan lemah lembut je berbeza dengan saya yang kasar ni.

"Saya post video tu saja-saja je ikut trend guna lagu tu. Lagipun, Tok Ayah dah semakin berusia. Kadang-kadang dia ada tanya bila nak boleh dapat cicit sebab risau 'tak sempat' tengok.

"Lepas baca komen-komen dekat video tu, ramai yang rindukan datuk masing-masing. Sedih bila ada yang cakap tak pernah tengok datuk sendiri. Nak menangis baca. Ramai juga doakan Tok Ayah dan nak jadi cucu dia lepas tengok video tu," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan