suria

Jejaka Terengganu memang setia, tak pernah tinggal selimut busuk! Comforter empuk hotel 5 bintang pun kena ‘reject’

Gelagat seorang pemuda dengan selimut busuk miliknya.

SEBUAH homestay gamat dengan keriuhan sekumpulan pemuda yang bergurau senda gara-gara sehelai selimut busuk.

Walaupun sudah koyak-rabak, namun selimut busuk itu sukar untuk dipisahkan dengan pemiliknya.

“Janganlah tarik, nanti koyak lagi,” kata seorang pemuda kepada seorang rakan yang merakam aksinya baring di atas katil di dalam sebuah bilik.

Susulan video yang tular, pemilik selimut, Muhammad Zulhelmi Mohd Masri berkata, rakaman dibuat ketika mereka menginap di sebuah homestay di Kamung Bagan Buaya di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Pemuda berusia 19 tahun itu memberitahu, mereka menginap selama seminggu kerana tugasan luar di sebuah acara yang sedang berlangsung di Batu Kawan di Seberang Perai.

“Kat homestay memang sudah disediakan selimut untuk tetamu. Tapi saya lebih selesa dengan selimut busuk ni.

“Kalau tak ada selimut ni saya tak boleh tidur. Kalau ada selimut, memang cepat saya nak tidur... rasa tenang semacam kalau tidur dengan selimut ni,” katanya kepada mStar.

selimut 4

Pemuda ini dengan selimut busuknya sukar untuk dipisahkan.

Dia yang mesra disapa Zul memberitahu, selimut warna ‘pink belacan’ itu mula digunakannya kira-kira dua tahun lalu.

“Pada asalnya selimut tersebut adalah kepunyaan mak saya di kampung di Terengganu. Kemudian saya ‘curi’ selimut tu untuk kegunaan saya yang bertugas di luar kawasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantal busuk hangus depan mata, budak lelaki 10 tahun pasrah pakcik bakar kenangan lama... Mujur masih boleh tidur nyenyak

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tebalkan muka ‘kutip’ bantal busuk isteri tertinggal di homestay... Siap pesan jangan bocor rahsia siapa punya

“Kerja saya ni banyak merantau sana-sini, jarang balik kampung. Jadi, saya perlukan selimut tu untuk mengubat kerinduan pada kampung.

“Selimut tu asalnya ada bau mak dan terubat juga setiap kali rindu kat mak di kampung,” ujar kru acara itu yang berasal dari Kuala Terengganu.

Zul memberitahu dia sering membawa sering selimut busuk itu setiap kali bertugas di luar kawasan.

Anak ketiga daripada empat beradik itu mengakui pernah menginap di hotel lima bintang yang dilengkapi selimut yang empuk, namun masih belum dapat menandingi selimut busuknya.

“Letaklah selimut kat homestay ke hotel five star punya pun saya reject dan tetap cari selimut busuk buat peneman tidur.

“Bukan setakat guna untuk tidur, saya bawa selimut busuk ni ke ruang tamu ketika lepak dengan kawan-kawan,” katanya.

Jangan cuba-cuba nak curi atau sorok selimut kesayangan ni, boleh jadi musuh nanti.

MUHAMMAD ZULHELMI MOHD MASRI

Mengenai selimut yang koyak, Zul menjelaskan ia berlaku disebabkan terkena daun kipas yang sedang berfungsi tanpa penutup.

“Suatu hari saya tidur buas, dan kain selimut terkena daun kipas yang tak ada penutup. Memang terkoyaklah, saya sambung dengan mengikat bahagian yang koyak,” tambahnya.

Zul (kiri) bersama rakan-rakan sekerja.

Menurut Zul, sejak digunakannya, selimut busuk tersebut hanya dibasuh sekali sahaja ketika dia pulang ke kampung

“Sejujurnya hanya basuh sekali itu sebab mak ambil selimut tu dan basuh ketika saya balik kampung. Saya tanya mak mana selimut tu, dia cuma tunjuk selimut tu dah basuh.

“Saya sayang sangat dengan selimut ni. Jangan cuba-cuba nak curi atau sorok selimut kesayangan ni, boleh jadi musuh nanti,” kata Zul memberi amaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain