suria

Pak haji order Starbucks dapat pelayan bersuara ‘profesional-manja’, isteri terus komen air tak sedap - “Kenapa menggedik sangat suara dia?”

Tangkap layar video yang tular di TikTok.

"BUKAN main manja suara waitress (pelayan wanita)."

Begitulah komen netizen pada video memaparkan respons seorang isteri yang cemburu dengan layanan diterima oleh suaminya ketika memesan minuman di sebuah Starbucks pandu lalu di Kuala Lumpur.

Video itu dimuat naik oleh FaridFahmi81 sebelum ia tular, manakala perbualannya dengan pelayan tersebut dirakamkan oleh isterinya sendiri.

"Caramel Macchiato (jenis minuman)? Nak air panas ke sejuk. Besar boleh? Nak extra (shot) kopi tak? Baik... lagi?" demikian antara soalan yang ditanya pelayan tersebut kepada Farid yang berada di tempat duduk pemandu.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Farid bersetuju untuk menambah satu lagi sukatan espresso ke dalam minumannya seperti yang dicadangkan pelayan yang mengambil pesanan.

Tangkap layar video yang sempat dirakam oleh isteri ketika suami membuat pesanan di Starbucks.

Selain itu, seperti yang biasa dilakukan mana-mana pelayan, wanita itu turut bertanya sekiranya Farid mahu menambah sandwich yang mempunyai potongan harga 10 peratus.

Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak kerana menurut Farid, dia baru sahaja makan nasi sebelum singgah ke Starbucks itu.

"Asal menggedik (manja) sangat suara dia?" kata si isteri dalam nada bergurau, selepas perbualan antara suami dan pelayan berakhir.

"Janganlah marah dia," balas suami kepada isterinya sambil tersenyum-senyum.

Tidak terhenti di situ, si suami kemudiannya turut memuji kecantikan pelayan tersebut sebaik tiba di kaunter bayaran.

"Pretty," kata Farid sejurus melihat pelayan tersebut.

Dalam rakaman video juga, dapat dilihat si isteri mencubit manja suaminya sebagai 'amaran' supaya tidak menggatal dengan pelayan.

ARTIKEL BERKAITAN: Poket makin tebal, suami mula gatal! Cikgu ini tak setuju lelaki dituduh punca rumah tangga retak, ada juga isteri biadab siap kentut depan muka

ARTIKEL BERKAITAN: “Hubungi laki dia, beritahu bini dia gatal... baru padan muka!” - Nina Iskandar berseloroh kongsi tip berdepan wanita perampas suami orang

Melihat suami mengeluarkan wang RM40 melebihi harga minuman yang dipesan, si isteri mula berasa pelik kerana beranggapan suaminya mahu memberi tips kepada pelayan atas layanan baiknya.

"Top up lah (tambah nilai kad Starbucks). Awak ni merapik (merepek) lah," kata Farid.

"Awak jangan nak miang-miang sangat Farid.

"Haji dah kan... mabrur kan," kata isteri memberi amaran kepada suami setelah membuat bayaran.

Abang siap ta ta lagi, mana tak naik angin isteri dekat sebelah.

NETIZEN

Dalam pada itu, suaminya sempat memuji pelayan apabila minuman dipesan disiapkan dengan segera tanpa perlu menunggu lama.

"Tengok... dapat Caramel Machiatto. Mujur tak ambil (perisa) honeycomb," berkemungkinan berseloroh dengan isteri untuk bermadu.

Malah, jika diteliti pada ruangan komen, netizen turut menyatakan mereka memahami maksud tersirat di sebalik 'honeycomb' yang disebut Farid.

"Honeycomb... saya faham apa yang dimaksudkan.

"Kata kunci dia honeycomb kak. Ada maksud tu," komen warganet.

Seterusnya, apabila ditanya mengenai rasa air minuman tersebut, si isteri menjawab bahawa air tersebut pahit.

Komen netizen di TikTok.

"Pahitlah! Awak minta extra shot kan? Eee tak sedap," jawabnya.

Menurut si suami, isterinya memberi komen sebegitu disebabkan layanan staf wanita yang bersuara 'profesional'.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mempertikaikan mengenai ucapan selamat tinggal (ta ta) yang diujarkan suami kepada pelayan.

"Ta ta tu punca bang.

"Abang siap ta ta lagi, mana tak naik angin isteri dekat sebelah.

"Sebab kau cakap ta ta bang. Tu trigger dia," antara komen netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain