suria

Rentas lautan demi halalkan kekasih! Anak Kelantan travel solo nikah gadis Indonesia - “Awak datang seorang, kami sambut berlapang dada”

Lelaki ini sanggup ke Indonesia tanpa ditemani sesiapa untuk menikahi gadis pilihan hati.

DEMI menyatukan ikatan cinta, seorang lelaki sanggup merentas lautan ke Indonesia untuk berkahwin dengan gadis pilihan hatinya.

Lebih mengagumkan, lelaki tempatan kelahiran Manek Urai, sebuah pekan kecil di Kuala Krai, Kelantan ini hadir ke majlis pernikahannya di negara jiran secara sendirian tanpa keluarga.

Menerusi perkongsian di TikTok pengantin perempuan, yinah_noy dapat dilihat kedatangan suaminya, Are Mer Mohamad yang berusia 25 tahun ini disambut baik ahli keluarganya di kampung.

Lelaki ini sanggup ke Indonesia untuk berkahwin dengan gadis pilihan hati.

"Terima kasih sanggup datang dari Malaysia ke Indonesia sebab nak halalkan saya.

"Allah permudahkan segala urusan kita dari A sampai Z," katanya yang mengadakan majlis kahwin di Madura, Indonesia.

Seperti mana dapat dilihat dalam video dikongsi, majlis pernikahan berlangsung sedehana dengan dihadiri ahli keluarga dan penduduk kampung pengantin perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpesona janji ‘bulan bintang’, akhirnya derita! Siapa nak kahwin lelaki asing sila ‘pegang’ 5 nasihat wanita ini

ARTIKEL BERKAITAN: Mula kahwin, sendawa pun jadi isu! Wanita ini tak impi nikah lelaki asing, segalanya berubah saat bertemu famili jejaka Iran - “Kalau sebab rupa, saya tak suggest”

Menerusi foto yang dikongsikan oleh wanita ini, dia turut berharap agar jodohnya berkekalan dunia dan akhirat.

"Alhamdulillah walau awak datang berseorangan, keluarga kami dan orang kampung menyambut awak dengan berlapang dada.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan di Indonesia.

"Sampai akhirnya kita dah bersama sekarang," ujarnya lagi.

Dalam video berlainan, wanita ini memaklumkan bahawa suaminya merupakan anak bongsu manakala dirinya adalah anak sulung.

Ada lagi tak saudara atau siapa-siapa yang single (bujang)? Nak pergi nikah sana jugalah.

NETIZEN

Video tersebut meraih lebih 300, 000 jumlah tontonan setelah disiarkan oleh si isteri di TikTok.

Rata-ratanya mendoakan kebahagiaan pasangan ini malah ada juga terinspirasi untuk berkahwin dengan warga Indonesia.

"Ada duit... Belum tentu ada semangat nak redah sorang-sorang macam ni. Respect dekat lelaki macam ni.

Komen netizen di TikTok.

"Ada lagi tak saudara atau siapa-siapa yang single (bujang)? Nak pergi nikah sana jugalah.

"Ada ke (insan) yang saya boleh perjuangkan di sana. Yang di sini asyik 'hilang'," antara komen netizen.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dalam mana-mana video sebab atau alasan kenapa lelaki tersebut bersendirian tanpa ahli keluarga ketika bernikah.

Walaupun perkahwinan mereka adalah sah di sisi agama, mengikut perundangan Malaysia, sekiranya isteri merupakan warga asing, mereka perlu mendaftarkan perkahwinan di pejabat agama di negara ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain