suria

Tauke kue teow bayar downpayment Myvi untuk staf! Dua pekerja perempuan lain pun dijanji ganjaran sama jika kerja bagus

Ezzu menanggung kos bayaran muka kereta Yaya dan berhasrat mengulangi inisiatif sama kepada staf lain.

KISAH seorang peniaga kue teow yang menghadiahkan sebuah kereta Perodua Myvi untuk pekerjanya tular di media sosial.

Menerusi sebuah video tular, Ezzu Chang, 32, dilihat membuat kejutan kepada Yaya, 21, sebagai penghargaan atas khidmat cemerlangnya sejak dia mula bekerja pada Februari.

Bercakap kepada mStar, Ezzu Chang, 32, membuat penjelasan bahawa dia bagaimanapun tidak membayar harga penuh kereta itu, sebaliknya hanya menanggung kos bayaran muka sahaja.

03 ezzu

Kedai Izzu di Nilai baru sahaja dipindahkan ke Ipoh sejak Februari.

"Saya hanya bayar downpayment RM4,000 lebih sahaja. Untuk bayaran bulanan, Yaya akan tanggung sendiri. Dia banyak membantu sejak bekerja dengan saya Februari lalu.

"Yaya baru berusia 21 tahun. Jadi susah dia nak dapat pinjaman, mungkin perlukan penjamin lagi. Kalau dia nak buat pinjaman penuh pun mungkin tak lepas. Sebab tu saya bantu bayar downpayment.

"Bukan semua orang boleh kumpul duit bayar downpayment. Jadi saya cuba bantu walaupun tak mampu bayar cash harga sebuah kereta. Sekurang-kurangnya saya dapat bagi ganjaran sikit untuknya," ujar Ezzu.

InsyaAllah lepas ni saya akan buat benda sama kepada staf saya yang lain.

EZZU CHANG

Dalam pada itu, Ezzu turut membuat pendedahan bahawa Yaya merupakan adik kandungnya, namun ia bukanlah sebab utama dia memberi ganjaran itu.

Tambah Ezzu, dia juga merancang untuk meneruskan inisiatif sama kepada pekerjanya yang lain atas kegigihan mereka memberi khidmat cemerlang.

"Saya buat macam tu bukan sebab dia adik saya semata-mata. Tapi kalau ada staf yang bagus, saya juga bersedia keluarkan kereta untuk mereka. InsyaAllah lepas ni saya akan buat benda sama kepada staf saya yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pernah kerja di Australia, pemuda buka bisnes selepas keluarga ‘puji melambung’ kue teow goreng dimasak... takut tengok gerai viral

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai diserbu selepas pekerjanya dikesan iras aktor Thai... tuan badan terus Google, tonton drama lakonannya - “Dia lagi kacak, saya biasa saja”

"Sebelum ini, saya sebenarnya nak cari pekerja lelaki. Sebab kerja ini memerlukan tenaga. Tapi semua pekerja lelaki tak tahan, cepat berhenti. Sekarang saya hanya ada tiga staf perempuan termasuk Yaya. Saya rasa perempuan lebih kuat.

"Kalau tak ada tiga staf ni, saya mungkin jual kue teow je. Tapi sekarang saya juga dah keluarkan produk pes dan sambal, lepas ni InsyaAllah nak jual kicap pula. Sebab tu saya nak hargai mereka," ujarnya lagi.

Untuk rekod, kisah Ezzu yang mengusahakan gerai kue teow di Nilai, Negeri Sembilan selepas pulang dari Australia pernah mendapat liputan mStar pada 15 Disember tahun lalu.

02 ezzu

Yaya kelihatan gembira selepas menerima kejutan itu.

Bercerita perkembangan terkini, Ezzu berkata perniagaan gerai tersebut dipindahkan ke Ipoh, Perak sejak Februari bagi membolehkan dia berada lebih dekat dengan ibunya.

"Masa bulan pertama berpindah ke Ipoh, saya alami kesukaran dalam perniagaan. Bulan pertama sangat teruk. Kemudian, ada seorang YouTuber datang buat reviu, Alhamdulillah perniagaan saya kembali dapat sambutan.

"Pada waktu itu, saya juga kembali aktif buat content media sosial untuk beri pendedahan kepada penduduk setempat tentang kedai saya. Makin lama makin orang kenal," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain