suria

Terbantut selera abang lori, terkejut RM2 hanya boleh beli 3 keping pisang tanduk goreng... Sebiji potong nipis-nipis!

Harga pisang goreng yang tidak masuk akal mengejutkan pelanggan. -Gambar hiasan

KETIKA inflasi masih melanda negara, harga barang keperluan juga berdepan situasi turun naik.

Namun ia bukan tiket untuk para peniaga mengeksploitasi pembeli dengan mengenakan harga jualan yang mencekik darah.

Begitulah kisahnya untuk lelaki ini apabila hasratnya untuk menikmati pisang goreng panas terbantut kerana tindakan seorang peniaga lintah darat.

Perkongsian asal di Facebook.

Melalui satu luahan di Facebook, lelaki itu menceritakan dia bekerja sebagai seorang pemandu lori dan sebelum kejadian dikatakan sedang mencari makanan untuk mengalas perutnya yang berkeroncong.

"Aku mulakan kerja aku sebagai pemandu lori tengah hari semalam. Aku tak sempat sarapan, rasa lapar dan dahaga betul. Lepas tu aku nampak orang berniaga pisang goreng tepi jalan.

"Aku pun fikir boleh la makan ni dulu untuk isi perut kosong, aku tak tahu bila lagi masa aku akan free nak makan. Aku pun turun singgah.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut harga yong tau foo untuk 2 orang hampir RM100, wanita ambil pengajaran makan di mall orang kaya!

ARTIKEL BERKAITAN: Sambal pucat, tak rasa santan! Pelanggan merungut nasi lemak sekarang ‘makin merepek’, peniaga masak cincai

"Aku cakap dekat akak peniaga tu nak pisang tanduk RM3 dan air kelapa satu. Ini memang favourite aku," ujar lelaki itu.

Walaupun begitu, lelaki itu terkesima seketika apabila melihat peniaga itu seperti ralat dalam memenuhi pesanannya.

"Akak tu cakap okay, aku pun duduk perhati je dia masukkan pisang goreng tu ke dalam plastik. Aku nampak dia letak lima keping je pisang goreng tu, padahal aku order RM3 ni. Dia salah dengar ke?

Aku pun pernah berniaga pisang goreng, kalau jual tiga keping RM1 pun dah untung sebenarnya.

WARGA MAYA

"Aku pun tanya akak tu, macam mana kira sebenarnya pisang goreng ni? Dia cakap tiga keping pisang goreng RM2. Terkejut terus aku," kata lelaki itu terkilan.

Seperti tidak masuk akal, lelaki itu cuba membuat perkiraannya sendiri untuk menentukan sama ada harga yang dikenakan kepadanya itu wajar.

"Cuba kita bayangkan, takkan la sekeping pisang tanduk goreng yang dipotong nipis seperti dalam gambar yang aku letak tu harga hampir 70 sen satu.

"Aku jadi musykil, adakah ia sebab faktor-faktor ini? Mungkin ke sebab minyak masak yang tak ada subsidi dan minyak paket susah cari.

"Atau harga pisang tu sendiri dah mahal. Boleh jadi juga sebab kos sewa tapak, tapi akak tu jual tepi jalan je. Jangan-jangan sebab harga tepung dah mahal.

Tidak kurang juga ada warga maya yang menyokong tindakan peniaga terbabit.

"Aku macam nak buat tinjauan dekat tempat lain, adakah harga pisang goreng lebih kurang macam ni juga? Takut aku ni jenis yang tak pandai bersyukur dan pada orang lain murah je," kata lelaki itu menutup perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga menzahirkan kekecewaan dengan sikap peniaga yang mengambil kesempatan.

"Peniaga tepi jalan yang jenis macam ni aku tengok perniagaan mereka tak ke mana walaupun selepas dah berpuluh tahun buka kedai. Kalau yang jenis tak berkira dan pemurah, perniagaan mereka mesti berkembang punya.

"Aku pun pernah berniaga pisang goreng, kalau jual tiga keping RM1 pun dah untung sebenarnya. Jangan sembang barang mahal la.

"Abang ni tak tahu cempedak goreng sekarang dah RM1 seketul. Keropok kering dulu sekeping 10 sen, sekarang tiga keping RM1. Pakej mahal dan tak sedap," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain