DEK kerana bimbang akan keselamatan anak gadis yang mengambil ujian lesen memandu, seorang bapa bertindak mengikut dari belakang secara senyap-senyap. Berdasarkan satu rakaman video yang tular di TikTok, bapa berkenaan sempat merakam kenderaan yang dipandu anaknya dari beberapa lokasi berbeza. "Girl, you can do it. Girl, relaks jangan takut," katanya si dalam video yang dimuat naik ellyirfan di TikTok. Tangkap layar video menunjukkan si bapa mengekori anaknya. Video yang menerima lebih 700,000 tontonan setakat ini meraih perhatian netizen kerana kagum dengan sikap penyayang dan mengambil berat si bapa. Seperti memahami isi hati si anak yang mungkin cemas ketika memandu di jalan raya, kedengaran lelaki berkenaan memberi kata-kata semangat. Apatah lagi saat kereta anaknya berhenti di persimpangan lampu isyarat dengan dua buah lori berada di depan dan belakang. "Gajah kiri kanan (depan belakang), tikus tengah-tengah. "Jangan takut girl, relaks je. Papa dekat belakang," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Mak cakap ayah kerja dekat syurga” - Anak terpinga-pinga tak faham, rasa pelik tengok kawan ada bapa ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan Father's Day, bapa malu-malu disuruh pilih hadiah! Dapat jam G-Shock terus cium anak dalam kedai Dalam rakaman sama di lokasi berbeza, lelaki itu memberitahu anaknya bakal melalui satu jalan yang dinamakan sebagai 'laluan B'. "Okay dia lalu laluan B ya. Laluan ni macam masuk jalan kampung sikit. "Dekat sana (menunjukkan kawasan perlu dilalui), dia akan masuk taman perumahan. Dia akan buat satu pusingan. "Dia akan keluar dan lalu semula jalan ni ke tempat ujian (institut memandu)," ujar lelaki itu lagi. Rasa berdebar bapa dia mesti lagi teruk daripada anak sendiri. NETIZEN Sejurus penerangannya berakhir, kelihatan kereta dipandu si anak melintas di hadapannya. "Haaa tu dia.. tu dia. Yes, good girl! "You did it girl," ujar si bapa dengan nada penuh keterujaan seperti yakin bahawa anaknya akan lulus ujian memandu. Video yang dimuat naik mengundang sebak ramai kerana terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan lelaki berkenan kepada anak tersayang. Komen netizen di TikTok. Rata-ratanya faham tentang kebimbangan seorang bapa yang mahukan segala terbaik buat si anak. "Comelnya ayah pantau anak dia. "Salute la dapat ayah macam ni. Sentiasa ambil berat dekat anak-anak. Ayah paling penyayang. "Bapa dia supporting habis. Siap ikut laluan test JPJ. Berdebar bapa dia mesti lagi teruk daripada anak sendiri," komen netizen di TikTok. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube