suria

Masak sedap, ramai minat join kelas memasak! Memalukan ada ibu tunggal, ‘mak orang’ lagi terliur tengok abang cef sampai ajak seks

Cef Oney mendedahkan sering menerima mesej berbaur seks daripada wanita.

BERCAKAP mengenai topik gangguan seksual, ia sebenarnya tidak mengenal mangsa.

Bukan hanya wanita atau kanak-kanak, ia juga boleh terjadi kepada lelaki sebagaimana yang dialami oleh seorang cef.

Menurut Dr Cef Onnyizwan Pulkem, dia boleh dikatakan sudah berdepan dengan masalah ini sejak 10 tahun lalu, iaitu ketika mula berkecimpung sebagai cef 'freelance' yang banyak terlibat dalam penganjuran bengkel dan kelas memasak.

"Saya buat freelance sejak 2013. Niat saya anjurkan kelas dan bengkel adalah untuk bantu bangsa kita sama-sama belajar. Berkongsi ilmu dan pengalaman antara peserta. Saling berkenalan sesama kita untuk bina connection, bisnes kecil-kecilan.

"Tapi ada segelintir jadikan info-info yang saya kongsikan sebagai tiket untuk berkomunikasi atas tujuan lain. Setiap bulan mesti ada saja mesej-mesej berbaur seks. Ada yang WhatsApp, ada yang invite dalam grup Telegram.

cef 2

Cef Oney banyak terlibat dalam penganjuran bengkel dan kelas memasak.

"Pendekatan saya kalau yang vibes ke arah seks, saya hanyalah ignore (abai) dan sekat. Kalau yang usik-usik, yang boleh saya balas denga jenaka, saya berjenaka. Tak adalah marah-marah.

"Tapi yang kali ini saya anggap agak keterlaluanlah. Siap ajak buat panggilan video, malah hantar gambar yang tak sepatutnya," kata cef berusia 34 tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto hilang sabar 8 tahun diganggu lelaki gila seks, gigih ikut sampai UK! Fahmi Fadzil janji ambil tindakan - “Dia tak patut wujud dalam masyarakat”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki peluk, gomol wanita di stesen LRT Maluri! Siap berani turun ke landasan, ketuk-ketuk tren sedang bergerak dengan kasut

Apa yang lebih mengejutkan, cef yang lebih dikenali sebagai Dr Cef Oney ini mendedahkan bahawa wanita yang mengganggunya berstatus isteri orang dan ibu tunggal.

"Saya beranggapan, motif mereka ini boleh jadi terdesak ataupun cubaan untuk menjatuhkan saya.

"Maklumlah zaman sekarang ni ramai nak buat duit. Boleh jadi mereka nak umpan saya. Mujurlah saya sentiasa beringat dan ingat pesanan kawan-kawan. Tapi hairan, mereka boleh dapat nombor peribadi saya juga selain nombor khas untuk kelas," katanya.

Jika dah melampau sangat hingga menimbulkan fitnah, saya dituduh atau seumpamanya, barulah saya tak akan teragak-agak ambil tindakan tegas.

CEF ONEY

Cef Oney berkata, dia sememangnya seorang yang mudah mesra, peramah dan suka bergurau, justeru berkemungkinan karakter dirinya membuatkan segelintir peserta wanita mudah tersalah sangka.

"Kalau buat kelas di lapangan, bila sesi bergambar, ada yang suka rapatkan badan, lepas tu saja puji-puji. Saya anggap benda tu tak serius pun sebab masih boleh dikawal.

"Macam yang gangguan terbaharu ini juga, saya masih boleh kawal dengan cara sekat dan abai walaupun sebenarnya mengganggu privasi.

cef 3

Cef Oney bergerak sebagai cef 'freelance' sejak 2013.

"Cuma jika dah melampau sangat hingga menimbulkan fitnah, saya dituduh atau seumpamanya, barulah saya tak akan teragak-agak ambil tindakan tegas.

"Buat mereka yang berkenaan, silalah betulkan niat, kawal diri dan sedarlah diri masing-masing. Saya bersungguh beri effort yang sepenuhnya untuk membantu orang kembangkan pengalaman, ilmu dan connection.

"Kalau tujuan anda menyeleweng daripada niat asal, saya memang kecewa," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain