suria

Rela berhenti kerja engineer balik kampung tinggal dengan mentua... Suami simpati nasib isteri, sering makan hati- “Tapi dia cepat recover”

Azwan kecewa apabila merasakan pengorbanan isterinya tidak dihargai.

MEDIA sosial sering menjadi medan luahan para isteri yang dilema kerana perlu tinggal bersama mentua disebabkan aspek kewangan yang belum kukuh.

Pelbagai masalah terpaksa dihadapi sepanjang tempoh itu sehingga ada yang terpaksa berpisah disebabkan ‘gangguan’ daripada mentua dan ipar duai.

Bagaimanapun, situasi yang dialami pasangan ini berbeza pula.

Umpama isteri limited edition, 'Aqidah Saifuddin yang berusia 32 tahun sanggup berkorban meninggalkan kerjaya sebagai jurutera yang menawarkan gaji lumayan untuk tinggal bersama mentua.

Antara perkongsian Azwan dalam videonya.

Antara perkongsian Azwan dalam videonya.

Keputusan itu juga dibuat atas pujukan mentuanya yang berusia 75 tahun yang tinggal bersendirian di Kampung Cherang, Kota Bharu, Kelantan.

Namun tanpa diduga, pengorbanan itu didakwa bagai tidak dihargai, seolah-olah wanita itu tidak melakukan apa-apa ‘pekerjaan’ di rumah.

Menyedari situasi yang dilalui, suaminya, Azwan Rashid berusaha menenangkan si isteri dan memujuknya supaya terus cekal.

“Banyak juga episod isteri saya merajuk kerana makan hati dengan individu tertentu... cuma dia cepat recover,” luahnya yang berusia 33 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Miskin tapi anak ramai atas alasan ‘rezeki’, akhirnya rayu gift di TikTok! Lelaki ‘basuh’ mak ayah tak fikir amanah Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita enggan beri anak kepada kakak ipar mandul akhirnya dicerai suami 'anak mak' - “Dia tak ada zuriat, aku yang kena”

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu lagi, kisah duka isterinya bermula selepas ibunya meminta mereka tinggal bersama, lima tahun lalu.

Azwan berkata, mereka pada awalnya tinggal di Kemaman, Terengganu kerana tugas isterinya sebagai jurutera keselamatan di gedung penyimpanan dan penyelenggaraan piping dasar laut manakala dia menjalankan bisnes sebagai ejen takaful.

“Mek (mak) saya yang pujuk. Saya tak tahu apa yang mek cakap sehingga isteri sanggup dan suka untuk tinggal bersama di kampung.

“Disebabkan itu dia cari kerja di Kelantan dan dapat menjadi guru tadika,” tambahnya yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik.

Isteri Azwan memulakan bisnes bagi menambah pendapatan keluarga.

Isteri Azwan kini memulakan bisnes bagi menambah pendapatan keluarga.

Malah, untuk tempoh tiga tahun pertama, hanya isterinya dan anak-anak yang tinggal bersama ibunya di kampung halaman.

Dia pula masih bekerja di Kemaman sebelum memilih untuk bersatu dengan keluarga di Kelantan.

“Tiga tahun pertama tu, memang isteri dengan mak saya sahaja duduk di kampung manakala saya PJJ (pasangan jarak jauh).

“Hanya balik hujung minggu. Dia sahajalah yang tengok-tengokkan mek saya,” katanya.

Berkongsi kisah di sebalik video yang dimuat naik, dia berkata perkongsian itu dibuat selepas berasa sedikit kecewa kerana merasakan pengorbanan isterinya tidak disedari.

Azwan bersama isteri dan dua anaknya.

Azwan bersama isteri dan dua anaknya.

“Isteri saya belajar di Universiti Teknologi Petronas dan berkerjaya. Tapi sanggup tinggalkannya untuk mek.

“Saya bukanlah anak lelaki tunggal tapi mungkin mek pilih saya duduk dengan dia sebab saya kerja freelance berbanding adik beradik lain.

“Mengenai video tu, dia ditegur malas sangat nak basuh pinggan. Sebenarnya kami tak sempat sebab perlu berkejar berniaga online mencari duit tambahan.

“Lagipun sekarang ni tengah struggle dari segi kewangan,” luahnya sayu.

Disebabkan teguran itu, mereka menangis berpelukan mengenangkan nasib yang dialami.

Bagaimanapun, isterinya memujuk hati sendiri dengan menyatakan ‘tak apa orang tak nampak pengorbanan kita, orang hanya nampak yang buruk... di situlah lubuk pahala’.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan