suria

Rasa berdosa dapat tahu rakan sekerja skandal di ofis, dua-dua dah kahwin! Check bilik mereka dating, jumpa tisu ada kesan air mani

Mempunyai skandal di tempat kerja seakan-akan menjadi 'budaya' bagi segelintir individu. -Gambar hiasan

MEMEGANG status sebagai individu yang sudah berkahwin, namun begitu ada juga dalam kalangan golongan ini yang tergamak mencurangi pasangan masing-masing.

Sama ada lelaki mahupun wanita, tidak keterlaluan dikatakan bahawa budaya memasang skandal ini seakan-akan sudah menjadi perkara biasa, sebagaimana pendedahan seorang individu ini di laman sosial.

Tidak mendedahkan identiti diri, wanita tersebut berkata dia sudah tidak mampu lagi membendung perasaan selepas mengetahui dua rakan sekerjanya yang masing-masing sudah berkahwin, menjalinkan hubungan sulit.

"Saya tak pernah cerita dengan siapa-siapa hal ini. But it really bothering me lately (tapi ia sangat mengganggu saya kebelakangan ini). Baru-baru ini saya dapat tahu yang kawan sekerja ada skandal sesama sendiri.

curang 1

Situasi sedemikian adakalanya menimbulkan dilema bagi rakan sekerja yang lain. -Gambar hiasan

"Yang satu isteri orang, satu lagi suami orang. Saya dapat tahu pun sebab perasan diaorang selalu dalam bilik sama-sama masa rest (rehat) tengah hari.

"Mula-mula saya tak syak apa-apa, tapi lepas tu saya perasan ada something off dengan kawan perempuan ni. Tiap kali sebelum rest (rehat) mesti akan solat cepat-cepat lepas itu berkemas cantik-cantik siap kumur gosok gigi lagi," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan pejabat ‘bertaruh’ pikat isteri orang, tak pandang anak dara... Akhirnya ‘kantoi’ ada video, borak mesra di WhatsApp

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rancak pasang skandal tempat kerja, suami mendidih tengok officemate lelaki lap mulut orang rumah - “Ikut hati memang aku hentak”

Menurut individu tersebut, dia pada mulanya enggan berburuk sangka dan menganggap ia adalah perkara biasa untuk seorang wanita bersolek dan berpenampilan kemas.

Namun dia kemudian mula menghidu sesuatu yang tidak kena apabila rakan sekerja lelakinya tidak pulang ke rumah ketika waktu rehat, sebagaimana kebiasaan yang dilakukan.

"Dia akan stay di tempat kerja. Kalau perlu balik tengah hari ambil anak dari sekolah, mesti dia akan patah balik pergi tempat kerja secepat mungkin. Saya pernah tanya, dia cakap penat... malas nak stay rumah.

"Saya rasa tertanya-tanya, firasat saya rasa something is off. Sehinggalah saya jumpa sesuatu di dalam bilik yang mereka selalu masuk bersama iaitu tisu basah yang ada kesan air mani. Saya jadi speechless.

"Saya pernah confront dengan rakan lelaki ini, yang saya tahu sebelum ini bahagia dengan perkahwinannya. Rakan lelaki saya mengakui mereka ada 'main' tapi tak serius. Hanya 'friend with benefits' katanya," katanya lagi.

Beli kamera tersembunyi untuk rekod bukti, nanti hantar pada pasangan masing-masing.

NETIZEN

Apa yang membuatkannya bertambah sedih dan tidak dapat menerima hakikat adalah apabila mengetahui kedua-duanya merupakan antara kakitangan yang baik dan sering solat.

Disebabkan terlalu tertekan dengan situasi tersebut dan dalam masa yang sama enggan bersubahat, wanita berkenaan berkata dia sudah memohon untuk bertukar tempat kerja namun permohonannya tidak diluluskan.

"Sampai sekarang saya rasa tertekan dengan environment kerja begitu. Patut tak saya bagitau perkara sebenar dengan orang lain, supaya saya rasa ringan daripada dibebani dosa rahsia diaorang? Atau saya patut resign je?" luahnya memohon pendapat daripada warga maya.

Luahan wanita tersebut yang dikongsikan di laman Twitter @ibjela ternyata mengundang perhatian warga maya.

komen curang

Antara cadangan dan pandangan yang diutarakan oleh netizen.

Memahami apa yang sedang dilalui oleh wanita tersebut, mereka tampil dengan pelbagai pandangan untuk membantunya 'keluar' dari situasi berkenaan.

"Cari bukti, dan kemudian hantar kepada pasangan mereka termasuk ibu bapa masing masing. Lakukan tanpa dedahkan identiti. Kamu diam dan resah sebab kamu macam bersubahat.

"Bagitahu je pasangan diaorang. Pasangan bodoh macam ni tak layak dapat pasangan yang setia.

"Beli kamera tersembunyi untuk rekod bukti, nanti hantar pada pasangan masing-masing. Ataupun, lapor terus kepada pihak atasan," demikian antara cadangan netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain