suria

‘Janda’ berniqab cemar imej Islam tayang payudara masa live, lelaki sangap banyak bagi gift! Netizen kantoikan bukan bersiaran dari Dubai

Seorang individu berniqab sempat menunjukkan payudara ketika live di TikTok.

TINDAKAN seorang individu 'menjual diri' menerusi siaran langsung (live) di aplikasi TikTok mengundang kecaman netizen.

Dalam rakaman video yang dimuat naik semula oleh @IbuPeri__ di Twitter, dia membuat pendedahan mengenai aktiviti tidak bermoral yang turut memburukkan imej Islam dilakukan individu berniqab terbabit

Menerusi rakaman tersebut, dia yang menyembunyikan wajah di sebalik niqab ini dilihat membacakan tiga nama pelayar TikTok yang banyak memberikan sumbangan hadiah (gift) kepadanya yang dipanggil 'Top Fan'.

Tangkap layar video asal yang dimuat naik di Twitter.

"Okay berhenti, berhenti, berhenti. Saya berpandukan pada ni (Top Fan) ya.

"Saya akan follow top one, top two dan top three. Tolong jangan private (mod privasi) akaun. Saya akan follow tiga (pemenang) ni saja.

"Okay dah jom jom jom," katanya dalam video dirakamkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Milan tapi Kedah! Model berani muncul tak pakai coli, tayang dada tersembul di KFW22... “Jantan ke original ni?”

ARTIKEL BERKAITAN: Mengemis ‘gifts’ di TikTok, lelaki ini tergamak rendam ibu bapa sendiri dalam air kolah! Suruh kerja tak mahu, tapi minta duit

Jika diteliti pada video itu, rata-rata yang menghantar gift tersebut merupakan lelaki yang sudah berkahwin.

Bagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan netizen apabila individu tersebut tanpa segan silu menayang bentuk payudaranya meskipun ditutup dengan kain pada akhir video.

"Yang bagi gift ni mesti sangap nak tengok t***k," tulisnya dalam ciapan di Twitter.

Paparan video menunjukkan bil elektrik TNB yang tergantung pada dinding ketika live.

Seperti yang dimaklumkan dalam video, wanita ini mendakwa dia kini berada di Dubai sewaktu sesi live dilakukannya.

Namun, segelintir warga maya mempertikaikan keberadaannya apabila 'kantoi' melihat beberapa keping bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikepilkan pada dinding.

"Dubai? Tu bil TNB tu apa benda?

"TNB dah 'melebarkan sayap' pembekalan tenaga elektrik ke Dubai ke? Bil elektrik sama dengan bil Malaysia.

Dengar suara pun tau jantan. Entah t***k plastik manalah dia pakai dalam baju tu.

NETIZEN

"Orang Dubai mana ada main TikTok minta gift. Mereka semua kaya. Duit TikTok ni berapa la sangat. Senang betul lelaki Melayu kena tipu," demikian antara komen netizen.

Jika diteliti ruangan komen, ramai menyelar perbuatan melampau individu tersebut yang mana perbuatannya mencemarkan imej dan maruah seorang muslimah.

Ada juga yang sangsi dengan jantinanya dan membuat tekaan dia sebenarnya adalah lelaki berperwatakan wanita atau pondan.

Komen netizen di Twitter.

Pelayar tersebut yang menggunakan nama @janda_notieee (janda nakal) telah memadam atau menukar nama akaun TikTok tersebut.

"Macam tak ori (original) je.

"Bukan dia ni n*n*k yang boleh tukar suara tu ke?

"Dengar suara pun tau jantan. Entah t***k plastik manalah dia pakai dalam baju tu," komen netizen pada video.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan