suria

Bermacam ragam! Pemuda dedah sakit hati dengan janji Arab tapi mulut manis... Penumpang Grab nak ke PPR acah-acah T20

Seorang pengguna Facebook berkongsi tentang ragam pemandu Grab. -Gambar THE STAR

RAMAI menggunakan perkhidmatan e-hailing sebagai salah satu medium pengangkutan yang mudah dan cepat.

Tanpa mengira umur, jantina dan latar belakang, semua pihak boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk ke destinasi yang ingin dituju dengan hanya menempah kenderaan menggunakan aplikasi telefon pintar.

Menerusi satu hantaran, seorang pemuda berkongsi mengenai ragam dan kerenah penumpang berdasarkan pengalaman sebagai pemandu e-hailing.

“Kalau orang Afrika, selalunya lambat. Sebelum 5 minit dia sampai (ke destinasi), selalu minta singgah ke 7Eleven atau Speedmart.

“Kalau dah naik, kereta akan mendap ke bawah sebab bentuk badan yang luar biasa. Perfume tengik, kalau bawa mereka waktu pagi... malam bau dia baru hilang,” tulisnya menerusi Facebook Farhan Ismail.

Pemandu kenderaan e-hailing mencari lokasi yang dipin penumpang.

Mengenai penumpang Arab, dia berpendapat kebanyakan warganegara itu bermulut manis namun mereka mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Grab cemas, penumpang di sebelah tiba-tiba lompat ke seat belakang - “Saya tak tahu apa-apa mungkin kepala anaknya dah nak terkeluar”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Grab nak luruh jantung penumpang mengilai waktu Maghrib, bagi salam pun tak jawab... rupa-rupanya ada ‘sejarah’ dengan cik ponti!

“Pernah dengar janji Melayu? Janji Arab lagi sakit hati, selalunya lewat. Mereka mulut manis sebab dah tahu dia lewat. Perfume pun kuat.

“Nak dapat rating bagus rajin-rajinlah bertanya pasal makanan. Dia sanggup buka Google Map. Cerita apa menu sedap. Silap hari bulan dia boleh belanja kau makan kat sana,” ujarnya memberi tip kepada pemandu e-hailing.

Berbeza dengan penumpang Bangladesh, katanya segelintir mereka menimbulkan masalah terutama kesilapan memilih lokasi ketika membuat tempahan.

“Yang ni kalau tak makan maki memang tak sah. Duduk dekat Seri Kembangan, order dekat Pavillion. Selalunya memang akan salah pin lokasi.

“Nak merasa berhenti dekat tengah highway sebab penumpang pin lokasi kat sana? Rekod paling teruk aku kena, dia pin lokasi kat Lebuhraya Akleh. Tak terkejut kau?

Double hazard tengah highway, yang bukan-bukan pun mereka selalunya,” ujarnya sambil menambah segelintir penumpang Bangladesh sering mengangkut barang-barang lain daripada lain seperti kipas, tong gas dan ayam hidup.

Kalau pasang lagu yang kena dengan selera dia kemungkinan untuk berakhir dengan karaoke bersama sangat tinggi.

FARHAN ISMAIL

Sementara itu, jelasnya, setakat ini tiada yang pelik bagi penumpang tempatan atau berperangai aneh kecuali berbual tentang politik dalam perjalanan.

“Kalau dapat ‘tahi’ politik memang habis kau kena ‘cuci’. Dapat yang sekepala tak apa, dapat yang berlainan ideologi memang terpaksa angguk jelah,” katanya lagi.

Turut menjadi perhatian adalah segelintir penumpang wanita yang membuat tempahan e-hailing itu di mana terdapat pemandu berdepan situasi terpaksa menunggu lama.

“Tengah pakai bedak kat bilik dah order, kena ‘sidai’. Masuk dalam kereta buat kelam kabut, ‘Bang, saya dah lewat’.

“Yang ni ciptaan yang paling suka makan dalam kereta. Boba tea, keropok lekor, goreng pisang. Kalau salah pin lokasi dia cakap dia tak salah, aplikasi e-hailing yang salah.

“Kalau tengah moody, kita ajak berbual nak dapat rating buruk tu sangat tinggi. Kalau pasang lagu yang kena dengan selera dia kemungkinan untuk berakhir dengan karaoke bersama sangat tinggi,” kata Farhan.

pemandu grab 3

Sikap gelintir wanita apabila menaiki kenderaan e-hailing turut dikongsikan.

Malah katanya, penumpang wanita juga suka berbual dalam nada yang tinggi sekiranya mereka naik bersama rakan atau kenalan.

“Kau dengar dia berbual sampai depan rumah. Hal kerja, pakwe-makwe, makanan sampai artis Korea. Kalau hari tu kau pakai smart, buat suara deep sikit, dapat komen ‘kacaknya!

“Melainkan kalau muka kau macam ikan keli. Duduk diam, jangan buat apa-apa,” katanya.

Selain itu, Farhan turut berkongsi tentang ragam segelintir penumpang daripada golongan B40 atau M40 yang ‘acah-acah’ untuk menjadi T20.

“Mereka akan bercerita pahit-jerih nak berjaya. Bermula daripada kosong sampai jadi hero. Mesti ada selit-selit bahasa Inggeris sikit untuk nampak berpendidikan.

“Pakaian pun selalunya meriah. Topi Gucci, baju LV, ada beg silang yang warna merah tu. Seluar pun selalunya akan fit. Sandle pula Gucci atau Supreme.

“Telefon? Iphone 11 ke atas. Nak nampak lebih cool bawa bekas air Starbuck Frapucino Java Cip, dengan lokasi penghantaran ke PPR Setapak,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain