suria

Lama hidup ketakutan sampai bayar 2 bodyguard 16K setiap bulan, Niena akhirnya lapor polis - “Saya dibaling balang shisha”

Niena buat laporan polis kerana selepas tidak tahan diekori individu dikenalinya.

PEMPENGARUH media sosial dan usahawan, Shaniena Natasya membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang didakwa mengancam keselamatannya.

Bercakap kepada mStar, dia yang senang disapa Niena, 20, mendedahkan laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang, selepas mendakwa sekali lagi diganggu pada Rabu.

"Insiden (diganggu) ini dah lama berlaku, malah sebelum ni saya pernah kena serang. Saya dibaling dengan balang shisha. Masalah ini sejak saya bujang sehinggalah saya dah kahwin.

niena2

Niena bersama suaminya.

"Dalam kejadian hari ini, saya berada di sebuah kafe. Bodyguard memaklumkan orang yang pernah serang saya dulu ada di kawasan sama. Dia tengok saya dan terus blah (berlalu pergi).

"Saya memang tahu siapa individu itu. Tapi saya tak nak sebut nama sebab kes masih dalam siasatan polis. Selama ini pun saya tahu saya diekori," dakwa TikToker itu lagi.

Dakwa Niena lagi, dia turut mengesyaki pelaku mengupah sekumpulan individu untuk mengintip serta mengekorinya sebelum ini.

Saya nak pihak belah sana berhenti buat benda ni Jangan kacau saya dan rumah tangga saya lagi.

SHANIENA NATASYA

Menurut Niena yang berkahwin pada Mei lalu, gangguan demi gangguan menyebabkan dia hidup dalam keadaan tertekan, sekali gus memaksanya berbelanja besar untuk memasang pengawal peribadi sejak beberapa bulan lepas.

"Saya buat laporan untuk keselamatan diri. Sebab saya jadi takut nak keluar, benda ni menghantui dan buat saya trauma. Saya pasang dua orang bodyguard sejak sebelum bertunang. Tahun ini juga, dalam bulan Mac.

"Seorang bodyguard gaji RM8,000. Dua orang jadi RM16,000. Ini masalah besar untuk saya, pergi ke mana-mana pun risau keselamatan diri dan keluarga. Jadi saya pun tak bersedia nak ada anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir sejuta ‘followers’ TikTok gadis Siam tiba-tiba lesap, 2 kali gugur air mata si jelita... status calon SPM ini buat ramai keliru

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh payment tak cukup! Pengantin disekat masuk bilik, hotel tahan makanan tetamu... rupanya wedding planner songlap duit

"Mereka dah lama perhati saya. Mereka ada info saya di mana, keluar pukul berapa dan sebagainya. Ada sekumpulan, sama ada mereka dibayar atau apa saya tak tahu. Saya boleh kata ia berkaitan dendam lama yang tak selesai," dakwa Niena lagi.

Usahawan yang memiliki 1.2 juta pengikut TiKTok itu turut berkongsi salinan laporan polis yang dibuat pada Rabu menerusi media sosial.

biea2

Salinan laporan polis yang dibuat pada Rabu.

"Saya nak pihak belah sana berhenti buat benda ni Jangan kacau saya dan rumah tangga saya lagi," rayu Niena yang berharap kemelut berkenaan dapat menemui noktah secepatnya.

Akhir bicara, Niena turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan buat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sudi memberi kerjasama baik buatnya ketika dia hadir membuat laporan di IPD Timur Laut.

Untuk rekod, Niena pernah mendapat liputan mStar pada tahun 2021 selepas dirinya tular kerana disangka sebagai gadis beragama Islam.

Niena yang berketurunan Siam meraih ramai pengikut kerana aktif berkongsi tentang gaya hidupnya menerusi aplikasi TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain