BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah nasib penduduk yang masih lagi berduka selepas puluhan kediaman mereka musnah gara-gara letupan sebuah gudang mercun pada Sabtu. Salah seorang penduduk terjejas, Fiera Fateha turut membuat video sambil menunjukkan keadaan rumahnya yang musnah hampir seratus peratus akibat kejadian itu. Rumah Fiera antara yang terjejas akibat letupan itu. Namun, sebuah bingkai ayat Qursi yang digantung di dinding kekal utuh meskipun barangan lain di dalam rumah berkenaan dilihat hancur menyembah bumi. Menurut Fiera, dia sendiri hairan melihat keajaiban yang berlaku di rumahnya dan menganggap ia sebagai bukti kekuasaan Allah. "Saya pun tak pasti macam mana. Ni ayat (bingkai) ni, rumah saya seteruk ni, awak boleh tengok sendiri rumah saya teruk tapi ayat (bingkai ayat Qursi) yang duduk di sini masih baik. Alhamdulillah famili selamat semua. Masa kejadian ada nenek di rumah, saya sedang kerja di Rantau Panjang. PENDUDUK TERJEJAS "Ayat ni jaga rumah saya, dia tak pecah, tiada apa-apa. 'Dia' satu je molek dalam rumah ni. Ayat tu utuh dengan cerminnya tak pecah. Serba comel. "Awak boleh tengok sendiri dalam keadaan rumah saya ni, Subhanallah, ia kuasa Allah," ujar wanita itu dalam nada sebak sambil menghalakan kamera ke arah rumahnya yang sudah tidak berbumbung. Bercerita lanjut, mengenai tragedi di kediamannya di Pekan Munduk, Thailand, itu Fiera berkata dia sedang bekerja di Rantau Panjang, Kelantan, ketika letupan berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Laungan kalimah Allah tengah lautan, syukur jumpa nelayan kesejukan atas perahu karam... “Tak terbayang dia bertahan untuk hidup” ARTIKEL BERKAITAN: Pokok keladi pun bertasbih, ikut alunan zikir jemaah surau... Netizen teruja dapat tengok keajaiban Allah, mahu tingkatkan amalan Meskipun rumah didiaminya rosak teruk, dia bersyukur kerana ahli keluarganya hanya cedera ringan dan berjaya lari menyelamatkan diri. "Alhamdulillah famili selamat semua. Masa kejadian ada nenek di rumah, saya sedang kerja di Rantau Panjang. Saya duduk kedai, tempat kerja. "Nenek saya luka sikit, merangkak keluar, bumbung jatuh atas dia. Masa tu tengah tunggu solat, dia puasa masa tu. Dia duduk dengan cucu seorang lagi," ceritanya lagi. Di ruangan komen, ramai rakyat Malaysia turut meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar semua mangsa tabah meneruskan kehidupan selepas diuji dengan kejadian berkenaan. Kenderaan penduduk rosak teruk selepas berlaku letupan pada Sabtu. "Subhanallah, Allahuakhbar. Ayat Qursi dinding masih lagi tergantung, tak pecah. Kuasa Allah. "Allah menjaga kalamnya. Begitu juga terjadi pada saya masa banjir 2014. Semua musnah melainkan al-Quran yang tetap terjaga. "Moga diberi ketabahan buat semua mangsa terlibat," tulis beberapa netizen pada video itu yang meraih lebih setengah juta tontonan. Kesan letupan itu turut didengari sehingga ke beberapa kawasan di Kelantan. Untuk rekod, sembilan individu dilaporkan mati, manakala puluhan yang lain cedera akibat kebakaran serta letupan stor simpanan bunga api dan mercun pada Sabtu. Kesemua mangsa dilaporkan warga Thailand dan tiada rakyat Malaysia terkorban dalam kejadian itu. Letupan yang berlaku pada waktu petang itu turut didengari oleh penduduk Malaysia yang menetap di sekitar Rantau Panjang, berdekatan sempadan Thailand. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube