SEORANG pempengaruh media sosial, Muhamad Harris Nasril berkongsi cerita tentang pertemuannya dengan seorang pemilik kedai biskut yang mengupah 20 anak istimewa sebagai pekerja. Menurut Harris yang menjalankan kelas pemasaran, dia pada awalnya nyaris menolak permintaan pemilik kedai itu untuk mengadakan kelas memandangkan jaraknya yang terlalu jauh. "Beberapa minggu lepas saya dapat panggilan telefon daripada seorang wanita. Dia berminat nak belajar kelas (pemasaran) Facebook tapi nak buat bersemuka. Katanya di Taiping, Perak. Antara anak istimewa yang bekerja di kedai biskut itu. "Allahu jauhnya. Paling kuat saya mengajar bersemuka pun dalam lingkungan lima kilometer (km) dari rumah saya. Saya menjawab, memberi bayangan saya menolak. "Dia maklumkan nak belajar ni slow sedikit kalau online. Kalau bersemuka okay. Aduh kasihan pula," ujarnya memulakan cerita. Setelah berbincang tentang harga yang merangkumi kos perjalanan, Harris akhirnya bersetuju untuk ke Taiping bagi menjalankan kelas untuk pemilik kedai berkenaan dan pekerjanya. Memang sedap sangat. Kenapa saya tak pernah dengar biskut ni? Tak viral pun. MUHAMAD HARRIS NASRIL "Saya bertolak dari Seri Kembangan pada jam 4 pagi ditemani orang rumah. Saya pandu sampai ke Tapah. Solat Subuh di sana. Kemudian giliran orang rumah pula sambung sampai ke Taiping. "Setibanya saya di lokasi, saya lihat kedai tersebut, Anak Kita Cookies. Oh, kedai jual biskut rupanya. Dicat warna merah jambu. Bersebelahan dengan Domino's Pizza. "Setelah memasang alatan mengajar, saya pun mulakan kelas 'Bagaimana meningkatkan engagement dan rahsia tular untuk laman Facebook' bersama pemilik kedai, Intan dan seorang pekerjanya, Saubiah," imbasnya. ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun OKU ‘peram’ resepi sos lada hitam kegemaran keluarga, sekali buka kedai western terus kena serbu! ARTIKEL BERKAITAN: Demi 6 anak, bapa OKU sanggup cari helah... sakan shopping barang rumah, hakikatnya tak ada duit sesen pun! - “Saya biarkan tuan kedai mengira macam biasa” Selepas tamat kelas tersebut, Harris berkesempatan mencuba beberapa biskut yang dihasilkan mereka seperti sea salt chocolate chips, bangkit cheese dan biskut cranberry cornflakes. "Memang sedap sangat. Kenapa saya tak pernah dengar biskut ni? Tak viral pun," soal Harris kepada pemilik kedai berkenaan. Harris juga ada bertanya kepada Intan tentang operasi kedai itu sebelum dimaklumkan bahawa dia menggaji 20 pekerja Orang Kelainan Upaya (OKU). Harris bersama Intan dan Saubiah. "Setelah habis kelas, saya bertanya kepada puan Intan, berapa ramai staf yang buat biskut ni? Dia kata 20 orang, semuanya anak-anak istimewa OKU. Seriuslah puan? Tanya saya dengan nada agak terkejut," imbasnya lagi. Jelas Intan, kesemua pekerjanya merupakan lepasan sekolah Pendidikan Khas yang ditugaskan untuk menghasilkan aneka produk biskut dibuat menggunakan bahan berkualiti. Menurut Intan lagi, dia tidak mempunyai ilmu mendalam dalam bab pemasaran, menyebabkan hasil jualan di kedainya agak kurang memberangsangkan. "Kami ada letak beberapa butir garam laut. Itu yang memberinya kelainan. Selain itu, cip coklatnya pula kami guna yang berkualiti tinggi, iaitu coklat belgian, jenama Callebau. Antara produk biskut yang dihasilkan oleh anak-anak istimewa di kedai itu. "Jualan biskut ni tak seperti yang saya harapkan, mungkin sebab kami tak pandai buat marketing. Itu yang nak belajar dari Encik Harris. Kami bertahan pun sebab jualan Ramadan, buat kelas memasak dan buka tempahan untuk roti," cerita Intan lagi Cerita Harris, dia meninggalkan premis itu dengan mata yang berair selepas merasai sendiri keenakan biskut yang dihasilkan dengan penuh kasih-sayang oleh anak-anak berkenaan. "Saya kemudian melangkah keluar dari kedai tersebut, orang rumah saya sudah menunggu dengan kereta di luar. Eh, yang awak mata berair ni kenapa? Tanya orang rumah di tempat duduk pemandu," ceritanya. Isteri Harris turut mengakui keenakan biskut air tangan anak-anak OKU itu selepas mencubanya ketika mereka dalam perjalanan pulang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube