ZAMAN sekarang, menjadi suami yang hidup bahagia bersama keluarga pun tidak mudah rupa-rupanya. Mana tidaknya, seorang suami berdepan dengan permintaan isterinya yang tidak masuk akal yang mahukan dia berkahwin satu lagi. Sudah tentu permintaan tersebut amat mengejutkan kerana kehidupan mereka sebagai suami isteri selama hampir tujuh tahun begitu bahagia dan dikurniakan tiga cahaya mata. “Suaminya terkejut kenapa perlu berkahwin seorang lagi. Dia tak ada apa masalah dan rasa tak mampu untuk berkahwin satu lagi. “Isteri dia pula kata Tak apa bang, abang kahwin dengan kawan saya, kasihankan dia,” dedah seorang wanita menerusi satu perkongsian video di media sosial. Isteri dan rakannya berkawan baik. -Gambar hiasan / Freepik Difahamkan, isteri dan rakan isterinya itu berkawan baik dan saling mengenali sejak zaman sekolah, malah masih berhubung sehingga kini. “Ada kenduri ke, ada apa-apa ke, kawan dia memang akan datang rumah dia dan kadang-kadang tidur di rumah dia,” cerita wanita itu lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Paling rare! Wanita miliki 2 suami serentak, bergilir layan siang malam... Sayang dua-dua, tak sanggup cerai ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ada dua suami, tinggal serumah... kenakan ‘syarat’ adakan hubungan intim Pada awalnya si suami enggan memenuhi permintaan tersebut, namun akur untuk berkahwin lagi atas desakan isterinya. Perkahwinan kedua bersama rakan isterinya ternyata menggemparkan ramai terutama ahli keluarga dan saudara-mara. Tidak cukup sekadar itu, isteri pertama turut mengenakan syarat lain. “Permintaan isteri dia kalau dah berkahwin kena tinggal serumah. Ini pun suami dia macam tak boleh terima, kenapa nak kena tinggal serumah? “Isteri dia kata, Tak apa, abang kata abang tak mampu. Jadi kita duduk satu rumah. Tak ada masalah katanya,” katanya. Isteri dia yang bermadu ke atau suami dia yang dimadukan? WANITA Walaupun perkahwinan kedua itu pada awalnya berlaku tanpa kerelaan suami, namun hubungan bersama isteri baharunya itu bahagia sehingga dikagumi keluarga. Malah, hubungan kedua-dua isteri juga baik meskipun bermadu sehingga timbul perasaan curiga si suami. “Suami dia macam pelik isteri dia baik sangat dengan madu. Memang mereka berkawan, tapi apabila dah bermadu, hubungan mereka macam pelik. “Nak pergi mana-mana nak pergi dengan madu, kadang-kadang tidur pun dalam bilik madu,” katanya lagi. Suami membuat keputusan untuk bercerai dengan kedua-dua isterinya. -Gambar hiasan / Freepik Perasaan tidak sedap hati itu akhirnya membongkarkan sesuatu yang tidak disangka-sangka mengenai kedua-dua isterinya selama ini. “Suatu hari ditakdirkan Allah nak tunjuk, dia (suami) dapat tahu isteri pertama dan isteri kedua ada buat perkara yang tak baik. “Rupa-rupanya isteri pertama dan isteri kedua adalah lesbian. Sebab itulah isteri pertama nak sangat suaminya kahwin dengan perempuan ni supaya mereka dapat bersama, tanpa suaminya syak apa-apa,” katanya. Susulan pendedahan yang mengejutkan itu, kedua-dua isteri diceraikan dan suami mendapat hak penjagaan ke atas anak-anaknya. “Sekarang ini, isteri dia yang bermadu ke atau suami dia yang dimadukan? “Jadi, suami yang ada isteri dan tiba-tiba isteri suruh kahwin satu lagi, kenalah berhati-hati,” katanya yang menitipkan pesanan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube