MASJID bukan sekadar tempat untuk umat Islam beribadah, malah ia menjadi pusat aktiviti serta perkembangan masyarakat sejak zaman-berzaman. Selain individu dewasa, golongan kanak-kanak juga digalakkan untuk mengimarahkan masjid, sekali gus dapat mendedahkan mereka dengan solat dan ilmu agama sejak usia muda. Terbaharu, seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila tindakannya membawa anak kecil ke masjid berakhir dengan peristiwa yang melukakan hatinya. Tangkap layar video tular di laman TikTok. Menerusi laman TikTok, dia mendakwa seorang wanita berusia yang digelar makcik bertindak memarahi anaknya. "Maafkan ibu bawa awak teman pergi masjid tadi. Kalau tak mesti awak tak kena maki dengan makcik tadi sampai nangis-nangis. "Baru tahu masjid ni budak tak boleh masuk. Okay la ni last saya jejak masjid tu lagi. Saya minta maaf. Hal paling ditakuti apabila rumah Allah tiada lagi suara anak-anak kecil. NETIZEN "Maafkan saya. Saya baru tahu budak empat tahun tak boleh masuk masjid," tulisnya menerusi kapsyen video di aplikasi TikTok. Sejak dikongsi pada Rabu, video itu meraih lebih 122,000 tontonan. Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya simpati terhadap kejadian yang menimpa dua beranak itu. ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan di Thailand, rupanya Sri Petaling je... Kedai roti tiba-tiba viral, makin ramai nak serbu jamu mata ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga makanan tiba-tiba viral, kedai jadi tumpuan pelanggan... Ada yang sanggup datang berulang kali Pada masa yang sama, ada yang turut memberikan pesanan supaya ibu bapa menjaga tingkah laku anak-anak mereka sekiranya dibawa ke masjid. "Boleh bawa tak ada masalah. Tapi kena jaga juga agar sampai tak mengganggu solat jemaah lain. Itu je. "Pak long saya ahli jawatankuasa (AJK) masjid. Pernah jadi budak main lighter sampai terbakar langsir. Tapi yang dia marah adalah orang dewasa yang bawa lighter tu ke masjid. "Hal paling ditakuti apabila rumah Allah tiada lagi suara anak-anak kecil," tulis beberapa netizen. Anak-anak perlu dididik sejak kecil untuk mengimarahkan masjid. -Gambar hiasan Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, setelah meneliti dan menekuni perbahasan serta nas-nas yang telah disebutkan, mereka berpendapat bahawa galakan membawa kanak-kanak untuk hadir ke masjid adalah bertepatan dengan ruh syarak. Justeru, telah menjadi suatu adat kelaziman para ulama dan salafussoleh mengajar anak-anak mereka untuk hadir ke masjid. Menjadi saranan buat ibu bapa, hendaklah mereka memainkan peranan penting dengan memerhatikan tingkah laku anak-anak di dalam masjid, mendidik dan mengingatkan anak-anak mereka akan tingginya kehormatan dan kedudukan masjid dalam Islam, serta memahamkan anak-anak akan fungsi atau peranan masjid itu sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam al-Quran. Pihak Mufti Wilayah turut mengesyorkan agar pihak masjid mengawasi kanak-kanak dengan tatasusila dan akhlak yang baik seperti tidak menengking, tidak memarahi, mengkasari, serta tidak memukul kanak-kanak. Sebaliknya pamerkanlah akhlak yang baik serta tunjuk ajar supaya terjalin binaan kasih sayang di antara ibu bapa, pihak masjid, serta kanak-kanak itu sendiri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube