ZAMAN sekarang bukan mudah nak cari makanan yang murah. Itulah antara rungutan pelanggan tentang kenaikan harga makanan, sekali gus menyebabkan mereka takut untuk menjamu selera di kedai dan restoran. Namun, seorang peniaga warga emas menerima pujian ramai apabila dia masih menawarkan menjual nasi campur dengan harga Rahmah RM5. Lauk-pauk diletakkan di bahagian tempat duduk serta but kereta itu. Dikenali sebagai Lejen Nasi Bonet, peniaga itu turut mencuri perhatian ramai kerana keunikannya berniaga dengan menggunakan sebuah kereta. Menerusi video tular di TikTok, kelihatan bahagian tempat duduk serta but kereta peniaga itu dipenuhi dengan bekas-bekas yang berisi aneka lauk. Terdapat pelbagai sajian lauk Melayu seperti ayam masak merah, ayam goreng berempah, ikan goreng, ikan tenggiri masak sambal, sayur-sayuran, gulai kuning, dan banyak lagi yang dimakan bersama nasi putih Pakcik ni bukan berniaga tapi pakcik ni sedekah. NETIZEN "25 jenis lauk, jualan dengan harga Rahmah RM5. Semoga Allah memberkati Wak, dikurniakan kesihatan yang baik kepada Wak," tulis Fitri Fauzi yang berkongsi video itu di aplikasi TikTok. Tambahnya, peniaga yang bertapak di Wisma Consplant 1, Subang Jaya, Selangor itu memulakan operasinya pada jam 11.30 pagi, setiap Isnin hingga Khamis. Video itu turut memaparkan ramai pelanggan yang sedang beratur dan menanti giliran untuk mengambil nasi serta menceduk lauk yang menjadi pilihan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 20 tahun jual nasi ayam RM1.90, peniaga di Besut dikecam sebab naikkan harga jadi RM3 ARTIKEL BERKAITAN: Murah sampai pelanggan takut! Peniaga warung jual makanan harga tak masuk akal, kesian dekat pelajar maahad Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut memuji kecekalan peniaga berkopiah itu yang masih berniaga meskipun sudah lanjut usia. "Pakcik ni bukan berniaga tapi pakcik ni sedekah. Saya peniaga yang muda macam pakcik tak mampu buat macam pakcik buat. "Ya Allah murahnya, barang semua mahal, pakcik buat sedekah ni. Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik. "Murah sangat tu pakcik. Tapi nampak sedap. Semoga murah rezeki buat pakcik," tulis beberapa pelayar TikTok. Netizen memuji sikap murah hati warga emas itu yang menjual makanan pada harga RM5 sahaja. Netizen turut memberi pesan kepada mana-mana individu yang membeli makanan dengan peniaga itu agar mengambil lauk secara berpada-pada, sesuai dengan harganya. "Semoga sesiapa yang beli kat sini, bayarlah setimpal apa yang diambil. Jangan ambil kesempatan atas kemurahan hati pakcik ni. "Murah rezeki pakcik. Tapi kalau saya tak tergamak nak bayar RM5 je sebab ambil lauk macam lebih dari RM5. "Kalau kita ambil lauk lebih, tak tergamak nak bayar RM5. Bagi la lebih sikit," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube