suria

'Renew' lesen 10 tahun tapi tak pernah memandu, suri rumah buat netizen terkedu! Ramai tak tahu tentang aplikasi

Neyra memperbaharui lesen memandunya untuk tempoh 10 tahun.

SEJAJAR perkembangan teknologi, kebanyakan pemain industri termasuk kementerian dan jabatan kerajaan telah beralih kepada pendigitalan sepenuhnya terutamanya berkaitan operasi perkhidmatan.

Terkini, lesen dan cukai jalan juga telah didigitalkan bagi memudahkan pengguna sama ada dari segi urusan memperbaharui mahupun membawanya bersama.

Mana tidaknya, teknologi dan gajet merupakan penggerak utama pada masa ini dengan internet sebagai medium perantaraan.

Namun, masih ramai yang tidak mengetahuinya sehinggalah mereka mempunyai urusan berkaitan di agensi berkenaan.

Perkongsian yang dibuat Neyra membuatkan warga maya teruja untuk memperbaharui lesen memandu.

Perkongsian yang dibuat Neyra membuatkan warga maya teruja untuk memperbaharui lesen memandu.

Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter, Neyra Shazeyra, dia hanya mengetahui bahawa lesen fizikal telah tiada selepas hadir ke sebuah pejabat pos di Kedah untuk memperbaharui lesen.

"Done renew 10 tahun walaupun tak pernah bawa kereta.

"Beriya pergi pejabat pos nak renew today (3 Ogos), sekali abang tu cakap 'dah tak ada kad fizikal dik untuk lesen... hang (awak) install MyJPJ'," ciapnya ringkas di Twitter.

Ketika dihubugi mStar, wanita berusia 35 tahun ini mengakui tidak mengetahui tentang pendigitalan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda menganggur selepas teknologi ‘rampas’ kerjanya! Dulu bertahun belajar grafik, kini budak darjah 6 boleh pandai dalam sejam

ARTIKEL BERKAITAN: 16 sekawan ditipu suami isteri tauke emas, kini kerja keras bayar hutang - “Dia bermewah atas kesusahan orang lain”

"Sebenarnya ramai yang tak tahu pasal lesen digital ni... macam saya, tahu perkara ni selepas pergi ke pejabat pos," ujarnya.

Berkongsi tentang tempoh lesen selama 10 tahun itu, ujarnya, dia mengambil pendekatan tersebut kerana enggan menyusahkan diri untuk memperbaharuinya setiap tahun.

"Kalau tak buat lama, nanti setiap tahun perlu renew... lagipun sekarang tengah 'promo'. Perbaharui selama sembilan tahun akan dapat percuma satu tahun," kongsinya lagi.

Bagi suri rumah itu lagi, langkah yang diambil Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu wajar dipuji kerana lebih memudahkan pengguna.

Neyra merupakan suri rumah berusia 35 tahun.

Neyra merupakan suri rumah berusia 35 tahun.

Malah, aduan tentang kaunter tutup mahupun rakyat perlu beratur panjang untuk mendapatkan perkhidmatan tidak akan lagi kedengaran selepas ini.

Meskipun tidak pernah memandu kereta, namun Neyra turut menzahirkan kebimbangan sekiranya berlaku situasi tidak diingini kepada pengguna jalan raya yang lain ketika sekatan jalan dilakukan.

"Suami yang akan memandu kalau keluar ke mana-mana sebab itu saya tidak pernah memandu.

“Tapi terfikir juga kalau tiba-tiba telefon kehabisan bateri semasa roadblock, macam mana kita nak tunjuk lesen digital ni.

"Ataupun jaringan internet tidak dapat dicapai atas beberapa faktor... jadi macam mana nak tunjukkan kepada pegawai bertugas di lapangan tu," luahnya bimbang.

Kebanyakan netizen teruja apabila boleh melakukan pembaharuan lesen melalui aplikasi..

Kebanyakan netizen teruja apabila boleh melakukan pembaharuan lesen melalui aplikasi..

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakan mengakui tidak mengetahui perkara tersebut dan meminta dia berkongsikan bagaimana untuk menggunakan aplikasi MyJPJ.

"Sama juga masa renew tadi... atau memang baru kenal sistem hari ini?

"Benar. Semalam saja renew awal, kemudian dia cakap tak ada kad dan melalui aplikasi. Road tax pun sama kalau tak mahu sticker.

"Terima kasih sharing. Saya terus perbaharui lesen online sebab malas walk in ke pejabat pos," ujar beberapa warga maya.

Sekumpulan warga maya lagi meluahkan rasa teruja apabila tempoh memperbaharui lesen memandu boleh dibuat sehingga 10 tahun berikutan ia perlu dibuat setiap tahun.

Tidak kurang juga yang mengucapkan selamat hari lahir kepada Neyra kerana tarikh luput lesen sama dengan tarikh lahirnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain