suria

Bertudung tapi tak senonoh, wanita melutut sambil jilat aiskrim depan kemaluan lelaki! Ramai sindir hantaran mesti mahal

Seorang wanita menikmati aiskrim dengan aksi mengghairahkan.

ORANGNYA cantik, berhijab tapi aksinya di media sosial mengejutkan ramai.

Menerusi satu video yang tular, rata-rata yang menontonnya hanya mengucap panjang dan beristighfar.

Rakaman tersebut menunjukkan seorang wanita berhijab yang memakai baju dan seluar hitam sedang berjalan.

Perakam yang memegang sebatang aiskrim mempelawanya untuk menikmati pencuci mulut itu.

Malangnya pelawaan sebanyak dua kali ditolak dan wanita tersebut terus berjalan.

Tangkap layar video seorang gadis dipelawa menikmati aiskrim.

Bagi cubaan ketiga, pemuda yang memegang aiskrim itu kemudian menurunkan aiskrim yang dipegangnya hingga ke paras bahagian alat sulitnya.

Berbeza dengan dua cubaan pertama sebelum ini, wanita berkenaan tidak lagi menepis tangan pemuda itu, sebaliknya melutut di hadapannya dan menikmati aiskrim.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi tak senonoh wanita bertudung buat ‘food review’ ghairah, jilat makanan bentuk kemaluan dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu umpan wang ringgit, lelaki berjambang jenuh tengok gambar bogel... Bersusun 25 pelajar perempuan rela hati kongsi aksi ‘nakal’

Aksinya menjilat aiskrim sambil melutut dilihat mengghairahkan dengan kedua-dua tangannya memegang kaki lelaki itu.

Kelakuannya itu menimbulkan persoalan sama ada ia sekadar mengikut trend di media sosial atau caranya untuk menarik banyak ‘view’.

Gadis berhijab ini mempunyai ratusan ribu pengikut di media sosial.

Difahamkan, wanita tersebut merupakan pempengaruh atau influencer di Indonesia, namun videonya kini menjadi tular di Malaysia sehingga meraih perhatian netizen di sini.

Rata-rata netizen terkejut dengan aksinya berkelakuan tidak sopan sehingga menitipkan pesanan dan nasihat supaya berubah serta bertaubat.

“Jangan jatuhkan martabat wanita.

Jangan jatuhkan martabat wanita.

NETIZEN

“Mudah-mudahan cepat diberi kesedaran olehNya.

“Semoga taubat sebelum terlambat ye,” demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Malah, ada yang turut menyindir aksi wanita yang mempunyai lebih setengah juta pengikut itu pasti memperoleh nilai hantaran yang mahal.

“Hantaran mesti mahal ni sebab jaga maruah dengan baik,” komen netizen.

Walaupun ia berlaku di Indonesia namun orang ramai dan pihak berkuasa Malaysia hendaklah berwaspada agar perkara sama tidak berlaku di negara ini.

Beringatlah bahawa aksi kurang sopan adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam dan ia perlu ditegah dan dijauhi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain