PELUANG pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti perkilangan, perkhidmatan mahupun pembinaan mendorong kemasukan ramai warga asing di negara ini. Hasilnya di mana-mana sahaja kita akan bertembung dengan mereka. Namun satu isu yang sering kita hadapi ialah ramai dalam kalangan mereka mengalami masalah bau badan. Warga asing didakwa memiliki bau badan melampau. -Gambar hiasan Baru-baru ini, seorang individu di Twitter meluahkan rasa kurang senang dengan situasi itu. "Kepada semua warga asing di Malaysia tolonglah guna deodoran! "Harga bagi deodoran di negara ini agak murah," ujarnya memberi cadangan. Selain itu individu berkenaan turut memberi pesanan agar setiap individu tidak mengambil mudah tentang rutin mandi pagi sebelum memulakan aktiviti harian. ARTIKEL BERKAITAN: Bau badan bukan hanya disebabkan peluh, boleh jadi petanda 5 masalah kesihatan ini ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sebab berpeluh saja, jom ambil tahu jenis bau badan disebabkan masalah kesihatan "Sila amalkan mandi pagi. "Saya hampir keliru sedikit, adakah saya bercakap dengan manusia atau haiwan?" katanya lagi. Lelaki ini turut membalas beberapa komen netizen yang menceritakan pengalaman mereka berdepan individu dengan masalah bau badan. "Ada seorang kawan saya pun macam tu. Saya tegur baik-baiklah bau peluh dan ketiak dia. Nasib baik dah berubah. Rugi je muka handsome ketiak berbau. Kawan sekerja ada yang langsung tak jaga kebersihan, nak sembang duduk sebelah pun tak sanggup. NETIZEN "Saya pernah bau keputihan daripada kawan perempuan. Saya rasa dia sakit. Saya nasihatkan dia secara peribadi suruh dapatkan rawatan. Respons dia baik sebab saya cakap elok-elok tak aibkan dia," katanya. Jika diteliti pada ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen turut memberikan pendapat mereka. Bagaimanapun, menurut beberapa pelayar sesetengah rakyat Malaysia juga mempunyai masalah bau badan yang sama. Komen netizen di Twitter. "Ramai warga asing macam Bangladesh punya diet biasa makan bawang banyak jadi bau badan dia memang kuat. "Orang Melayu pun sama je. Kawan sekerja ada yang langsung tak jaga kebersihan. Kadang-kadang nak sembang duduk sebelah pun tak sanggup. Nak tegur tak sampai hati. "Gosok gigi juga. Saya bukan anti dengan perokok tapi tolong kerap gosok gigi. Lagi-lagi bila nak ke masjid. Pening duduk sebelah orang hisap rokok ni," komen netizen di Twitter. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube