suria

Terlebih ‘excited’ tengok pengasah pensel canggih RM38, cikgu rakam wajah murid... Ramai marah tak hormat privasi pelajar

Seorang guru teruja melihat pengasah pensel automatik milik muridnya.

BUNYI asing yang didengar di dalam kelas akhirnya menarik perhatian seorang guru wanita.

Setelah diperiksa rupa-rupanya ia datang daripada sebuah pengasah pensel automatik milik salah seorang muridnya.

Teruja dan ingin tahu bagaimana ia berfungsi, guru berkenaan memanggil empunya pengasah pensel itu dan beberapa pelajar lain ke hadapan kelas sambil merakam momen berkenaan.

“Masuk macam ni, tekan je? Siapa ada lagi pensel yang pendek (tumpul)? Mari saya nak cuba sharp (asah). Saya dah tak ada pensel nak bagi.

“Pegang, pegang nanti melekat, saya tak reti guna,” katanya dalam nada penuh teruja.

Murid menunjukkan demonstrasi menggunakan pengasah pensel automatik.

Guru itu kemudian bertanya tentang harga pengasah pensel itu sebelum muridnya menjawab RM38.

“Eh seronok pula main. Patutlah kamu ramai-ramai asyik main tekan je.

“Saya nak belilah, nah pulang balik kamu punya,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu buat ‘content’ selongkar beg pelajar sambil makan gummy rupanya dapat tajaan... Senyap-senyap rekod video waktu rehat

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu buat ‘content’ TikTok, akui bahagia ajar budak pandai... Syed Saddiq pula tegur jangan perlekeh pelajar ‘kelas belakang’

Namun dalam keterujaan itu, tanpa sedar guru berkenaan mendedahkan wajah murid-muridnya setelah memuat naik video tersebut di media sosial.

Tindakannya kemudian ditegur seorang pengguna Twitter kerana menjadikan murid-muridnya sebagai sebahagian daripada kandungan atau content di media sosial.

“Anak murid anak orang, bukan content kamu wahai cikgu-cikgu,” tulis pengguna Twitter berkenaan ketika berkongsi semula video tersebut.

Hantaran berasingan menunjukkan guru itu merakam dirinya menggunakan pengasah pensel automatik.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan amaran itu kerana menurut mereka privasi wajah murid perlu dipandang serius.

“Kalau nak sangat buat content, tayang muka sendiri je. Muka anak murid jangan tayang.

“Cikgu boleh tolong tak hormat anak orang lain?

“Nak jadi cikgu buat cara jadi cikgu iaitu mengajar. Nak jadi content creator berhenti jadi cikgu dan bagi jawatan tersebut dekat orang yang betul-betul nak jadi cikgu,” demikian antara komen netizen.

Kalau nak sangat buat content, tayang muka sendiri je... muka anak murid jangan tayang.

NETIZEN

Hasil semakan mendapati video ‘pengasah pensel automatik’ yang dimuat naik guru tersebut menerusi akaun TikTok miliknya meraih hampir 5 juta tontonan.

Selain itu, terdapat video berasingan menunjukkan reaksi guru itu yang teruja menggunakan pengasah pensel milik muridnya.

Antara komen netizen.

Dalam pada itu, netizen turut menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian serius terhadap isu yang berlaku termasuk mengeluarkan undang-undang baharu mengenai larangan cikgu membuat kandungan media sosial di dalam kelas.

“Adakah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek peduli semua ni? Membiarkan cikgu-cikgu sekolah membahayakan identiti murid-murid dengan merakam mereka?

“Kementerian patut keluarkan undang-undang baharu cikgu-cikgu dilarang buat content dalam kelas atau waktu mengajar.

“Kasihan dekat budak-budak sekarang, tak ada privasi langsung. Tertanya-tanya, KPM tak ada garis panduan ke untuk cikgu-cikgu? Sangat tak profesional rekod waktu bekerja. Apa yang nak dikejarkan tak tahulah,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain