suria

Pemuda 19 tahun tunjuk ‘effort’ luar biasa, sanggup naik bas 4 jam nak pujuk cik tunang... Hilang merajuk nampak beg Lego!

Miza (kanan) tidak menyangka menerima kejutan daripada tunangnya.

DEMI cinta seorang pemuda sanggup melakukan apa sahaja termasuk meredah perjalanan sejauh lebih 300 kilometer semata-mata mahu bertentang mata dengan insan tersayang.

Niatnya cuma satu iaitu menyampaikan sendiri jambangan bunga istimewa untuk si gadis yang bertakhta di hati.

Bunga yang dihantar pula bukannya biasa-biasa yang sering menjadi kesukaan wanita, sebaliknya ia merupakan kepingan daripada permainan popular Lego.

Gadis bertuah yang mahu dikenali sebagai Miza Qistina berkata, kejutan tersebut dibuat tunangnya yang sanggup datang dari Johor ke Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu.

Berusia 19 tahun, Miza memberitahu bahawa sebenarnya berlaku perselisihan faham antara mereka dan tunangnya cuba untuk memujuk.

“Sebelum tu kami berdua ada salah faham, biasalah dugaan bertunang. Mahu memujuk, tunang nak hantar bunga kepada saya sempena National Girlfriend day pada 1 Ogos.

“Saya beritahu dia yang saya ni tak suka sambut hari macam tu. Dia pula memang dah tahu yang saya ni tak suka bunga, jadi saya kata tak perlu hantar,” katanya kepada mStar.

Pasangan ini bertunang pada Oktober 2022.

Walau bagaimanapun kata Miza, tunangnya yang juga berusia 19 tahun itu tetap bertegas untuk menghantar sesuatu bagi memujuk hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal kenal diberi cincin ‘I nak you’, bertunang dapat gelang emas RM17,000... wanita gugup nak jadi isteri!

ARTIKEL BERKAITAN: Berani lamar lelaki, siap sarung cincin! Si gadis dedah situasi sebenar di sebalik kejutan hari jadi kenalan 11 tahun– “Ramai ingat kami pasangan gay”

“Petang tu selepas saya habis kuliah ingatkan Lalamove yang hantar, tapi rupa-rupanya di yang datang ke universiti dengan menaiki motor.

“Memang saya terkejut sebab dia sebenarnya naik bas dari Johor sebelum dapatkan motor entah daripada mana setibanya di KL,” ujarnya yang berasal dari Shah Alam, Selangor.

Bunga Lego pemberian tunang.

Menurut pelajar Diploma Pengurusan Perniagaand dari Universiti Malaya (UM) itu, perkenalan dengan tunangnya itu bermula daripada satu DM atau mesej secara langsung di Instagram dan selepas enam bulan mereka mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu.

“Tunang saya soft-spoken, penyayang dan paling penting sangat bertanggungjawab. Dia selalu buat kejutan, tapi ini pertama kali dia gigih datang seorang diri dari Johor ke KL untuk kejutkan saya.

Dia selalu buat kejutan, tapi ini pertama kali dia gigih datang seorang diri dari Johor ke KL untuk kejutkan saya.

MIZA QISTINA

“Masa datang naik bas tu dia tak fikir nak tinggal mana di KL sebab dia tengah cuti semester dan pelajar tak boleh tinggal di asrama sepanjang tempoh ni.

"Mujur dia dapat tinggal di rumah saudara dia di sini,” katanya mengenai tunangnya yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Mahu menghalalkan hubungan mereka sebagai suami isteri, Miza yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu memberitahu, tunangnya yang berasal dari Pasir Gudang itu melakukan kerja-kerja sambilan.

Pasangan ini merancnag untuk berkahwin pada tahun depan.

“Kami berdua mengusahakan bisnes tudung secara dalam talian, pada masa sama tunang juga buat part time job sebagai penghantar barang.

“Nak kumpul duit untuk kahwin, jadi masing-masing buat kerja. InsyaAllah kami merancang untuk berkahwin pada tahun depan, doakan urusan kami berjalan lancar,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain