suria

Tak ingin isteri mandul! Wanita ditinggalkan selepas 3 kali gugur kandungan, BF fikir masa depan... Nak kahwin perempuan boleh hamil

Walau setia sehingga menggadai maruah diri, gadis tersebut akhirnya ditinggalkan kekasihnya. -Gambar hiasan

BAK kata pepatah, habis madu sepah dibuang.

Begitulah dengan situasi yang dilalui seorang gadis ini apabila dia ditinggalkan terkontang-kanting kekasih demi kepentingan diri sendiri.

Kisah gadis tersebut didedahkan seseorang dipercayai rakannya menerusi TikTok sebelum dikongsikan semula oleh pihak lain di Facebook.

Menurut individu berkenaan, rakannya yang merupakan pelajar di sebuah kolej bercinta dengan seorang lelaki sehingga sanggup menggadaikan maruah diri atas alasan sayang dan percaya kekasihnya tidak akan 'lepas tangan'.

"Dia dah pernah buat that girl gugur sebanyak tiga kali dan that girl dah tak ada peluang langsung untuk mengandung. Tapi disebabkan harapan yang lelaki ni bagi, dia ketepikan semua tu dan percaya 'oh lelaki ini akan stay dengan aku'.

hamil

Demi cinta, segelintir gadis sanggup menggadai maruah sehingga akhirnya hamil. -Gambar hiasan

"Nak tahu sejak bila semua ni berubah? Sejak lelaki itu berfikir tentang masa depan dia sendiri. Dia tak nak hidup dengan perempuan yang dah mandul. Janji yang dia tabur semua dia ketepikan sebab masa depan dia," cerita individu berkenaan.

Meskipun pernah dicurangi dan dilayan dengan kasar, namun cerita individu berkenaan, rakannya tetap setia dengan lelaki tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas seminggu kahwin baru tahu isteri ada 4 suami serentak, anggap nikah terdahulu terbubar sendiri... Peguam istighfar saksi depan mata

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bingung isteri ‘pemurah’ bagi kahwin lain, dapat jawapan selepas ‘scroll’ WhatsApp lama! Kesal diri ‘kedekut emosi’

"Sampai satu tahap yang paling ekstrem, famili gadis itu tahu apa yang mereka buat. Dia kena macam-macam tohmahan keluarga sendiri. Lelaki tu? Hidup aman tanpa kena apa-apa.

"Dia siap minta nombor ahli keluarga gadis tu untuk block dekat phone mak dia. Sebab dia nak selamatkan diri dulu.

"Gadis tu sanggup berjanji dengan keluarga dia yang lelaki inilah juga akan kahwin dengan dia dan dah rancang nak bertunang. Keluarga gadis tu pun terima lelaki yang dah rosakkan anak perempuan mereka sebab rasa lelaki tu akan bertanggungjawab.

"Tapi akhirnya, gadis itu kena tinggal dengan alasan masa depan. Hebat kan? Hebat dalam menabur janji. Let me expose you," kongsinya lagi sambil mendedahkan nama lelaki yang 'merosakkan' rakannya.

Untuk perempuan, jangan jadi bodoh. Sebelum nak sayang orang, sayang diri sendiri dulu.

NETIZEN

Perkongsian individu tersebut ternyata mengundang perhatian warga maya yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa rakannya.

Walau bagaimanapun dalam satu akaun TikTok berasingan, seorang individu tampil mengakui dia adalah gadis yang dimaksudkan dan menjelaskan beberapa perkara yang dianggap tidak tepat.

Malah dia turut meminta warga maya berhenti memburukkan dan 'menyiasat' bekas kekasihnya kerana apa yang berlaku merupakan kesalahan dia dan lelaki tersebut.

"Dia tak tinggalkan saya demi masa depan dia saja tapi dia minta saya lepaskan dia untuk masa depan kami berdua. Untuk cari kebenaran dalam hidup, kembali ke jalan yang benar," ujarnya.

komen mandul

Sebahagian daripada komen netizen terhadap kisah gadis berkenaan.

Sementara itu di ruangan komen di Facebook, rata-rata warga maya menyifatkan kisah gadis tersebut wajar dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kaum Hawa agar tidak sewenang-wenangnya menggadaikan maruah diri.

"Untuk perempuan, jangan jadi bodoh. Sebelum nak sayang orang, sayang diri sendiri dulu. Biarlah orang nak kata sombong, janji tak rosakan diri.

"Bercinta sebab nafsu beginilah jadinya.

"Jadi perempuan biar cerdik dan licik. Jangan jadi bebal... bila bebal, inilah akibat yang kau kena hadap dan tanggung seumur hidup keturunan kau," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain