suria

Wanita ini dikecam buat rancangan awal nak tinggal suami di rumah orang tua-tua, siap suruh praktis naik kerusi lif!

Suami Ezlinda mencuba kerusi lif untuk menaiki tangga di pusat jagaan orang tua.

SEBUT sahaja hari tua pasti ramai yang meluahkan rasa bimbang terutama sekali jika memerlukan perhatian khusus akibat penyakit kronik selain faktor kewangan yang tidak kukuh.

Iyalah, anak yang ramai belum tentu dapat menjaga orang tua mereka atas pelbagai faktor dan kekangan.

Perkara sama turut diakui seorang wanita selepas video suaminya mencuba kerusi lif di sebuah pusat jagaan orang tua baru-baru ini tular di media sosial.

Menggunakan kapsyen 'survey rumah orang tua untuk encik suami' membuatkan ramai yang mengecamnya.

Mana tidaknya, wanita itu dikatakan seolah-olah mendoakan agar dia suami menghabiskan sisa hayat mereka kelak di pusat jagaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Noor Ezlinda Ismail berkata, dia dan suami Zien Hashim sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi apabila mereka sudah tua nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak tiri pun baik! Risau anak gadis keluar tengok wayang dengan rakan, mummy jadi bodyguard... Siap belanja semua sekali

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih mengaku duda anak satu mengurat jururawat pencen, janji nak kahwin di Sibu... Demi cinta ‘online’ melayang RM70,000

“Kami memang bersedia sekiranya anak-anak tak dapat nak jaga,” luah wanita berusia 39 tahun itu ringkas.

Bagi dia yang menjalankan bisnes emas, tinggal di pusat jagaan orang tua bukanlah bererti dibenci anak-anak sebaliknya ia adalah pilihan.

Malah katanya, keinginan tersebut terdetik selepas melihat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di sebuah pusat jagaan ketika menghantar bekas penjaga ibu mentuanya.

Ezlinda bersama suami dan dua anak tirinya.

Ezlinda bersama suami dan dua anak tirinya.

Bukan sahaja menepati keperluan warga emas, lokasinya pun strategik serta cantik dan tidak seperti keadaan di pusat-pusat jagaan yang sering dilihat sebelum ini.

“Selepas ibu mentua saya meninggal, saya hantar semula penjaga arwah pulang ke rumah orang tu kerana pemilik kekurangan staf.

“Masa tu barulah saya tahu ada rumah orang tua yang cantik siap ada khidmat doktor lagi... tapi dia jenis private homecare,” luahnya.

Kita tak tahu sama ada kehidupan anak-anak nanti susah atau senang yang boleh kita menumpang kasih.

NOOR EZLINDA ISMAIL

Menjawab kata-kata sinis warga maya, Ezlinda yang mempunyai dua orang anak tiri berkata, tiada siapa akan tahu bagaimana kehidupan di masa hadapan dan sebolehnya dia dan suami enggan menjadi beban kepada anak-anak.

“Lagipun ramai orang tua yang ditinggalkan sebab anak-anak sudah ada kehidupan sendiri.

“Kita juga tak tahu sama ada kehidupan anak-anak nanti susah atau senang yang boleh kita menumpang kasih.

“Jadi memang survey juga kerana bimbang kalau dah tua-tua nanti tiada siapa nak jaga... sekurang-kurangnya homecare ni ada doktor dan kakitangan yang boleh jaga,” katanya yang tinggal di Bukit Jelutong, Selangor.

Antara komentar yang ditinggalkan warga maya.

Antara komentar yang ditinggalkan warga maya.

Ezlinda sebelum ini pernah tular kerana menemani anak tirinya keluar menonton wayang bersama rakan dan kisahnya itu turut disiarkan dalam mStar.

Terdahulu, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Selain menerima komen negatif, ramai yang bersetuju dengan pandangan Ezlinda dan memilih untuk tinggal di pusat jagaan orang tua jika sampai masanya nanti.

“Bolehlah survey nanti. Dah tua nanti malas nak harapkan anak-anak jaga kita... biarlah mereka bahagia dengan hidup mereka sendiri.

“I'm not even old but I think I need this.

“Macam lawak tapi sebenarnya kena fikir siap-siap dah... kita tak tahu masa depan macam mana,” luah beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain