MEMANG seronok apabila melihat gelagat individu yang bergelar kaki latah. Semakin diusik, semakin menjadi-jadi aksi latah mereka sehingga membuatkan orang sekeliling tidak kering gusi. Begitu juga dengan video yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang melatah ketika sedang membuat pesanan di kaunter pandu lalu McDonald's, gara-gara diusik oleh isterinya. Apa yang lucu, lelaki tersebut melatah dalam nada marah sekali gus membuatkan ramai yang terhibur melihat mimik wajahnya yang garang. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang mahu dikenali sebagai Ziela Basah berkata, video tersebut dirakam secara spontan ketika mereka singgah di restoran berkenaan sewaktu dalam perjalanan ke hospital. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Ketika itu kami dalam perjalanan ke hospital. Tiba-tiba suami tanya nak singgah tak beli ais krim 'green tea'. Jadi kami singgahlah kaunter pandu lalu. "Waktu mula-mula staf kaunter pandu lalu tu cakap, suami dah terkejut dan melatah. Spontan selepas itu saya terfikir nak rekod... saja nak kenakan dia. "Nak tergelak apabila tengok reaksi dia melatah sambil order sebab kena cucuk pinggang. Apabila sampai giliran kami nak bayar, staf McDonald's tu pun tergelak," cerita wanita berusia 37 tahun ini. Menyingkap 'sejarah' bagaimana tabiat latah itu bermula, wanita yang senang disapa sebagai Ziela ini berkata, sebelum ini suaminya, Shahril Fitri, 45, bukanlah seorang kaki latah. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa auto menari siap kibas-kibas tangan depan cucu... Memang silap besar kaki latah kuis ikan mainan atas meja! ARTIKEL BERKAITAN: Suka sakat kawan latah, akhirnya ‘berjangkit’ dekat diri sendiri... pemuda dedah dah banyak handphone jadi ‘korban’ Namun sindrom itu bermula sekitar empat tahun lalu apabila suaminya gemar mengusik seorang rakan mereka yang kuat melatah. "Kawan kami yang dipanggil Abang Daud memang seorang kaki latah. Apabila selalu lepak bersama, suami suka sakat dia. Bermula daripada tabiat itulah, suami 'jahanam'. "Bukan setakat usik Abang Daud, suami juga suka usik bos dekat tempat kerja dia. Akhirnya terjangkit. Kawan-kawan pun kata, siapa yang suruh kacau... kan dah melatah sekali. "Apabila melatah, mesti tak sedar apa yang dicakap. Kadang-kala terlepas juga carutan malah dia pernah terbaling handphone sendiri. Ziela mendedahkan suaminya sememangnya seorang yang lucu dan gemar melawak. "Suami pun sedar perubahan yang berlaku pada dirinya tapi dia reda sajalah. Tak kering gusi kalau kita usik dia. "Kami belum ada rezeki cahaya mata sejak kahwin empat tahun lalu. Gelagat suami inilah yang menceriakan hari-hari kami berdua," ujarnya yang merupakan seorang pencipta kandungan (content creator). Dedah Ziela, suaminya yang memiliki sifat humor sebenarnya bercita-cita mahu mengembangkan bakat dalam bidang komedi namun memendam hasrat tersebut kerana tabiat latahnya. Kami belum ada rezeki cahaya mata sejak kahwin empat tahun lalu. Gelagat suami inilah yang menceriakan hari-hari kami berdua. ZIELA ISTERI "Dia sebenarnya teringin nak berlakon cerita komedi tapi tak pernah pergi mana-mana uji bakat sebab takut melatah. Tapi manalah tahu, kalau ada rezeki apa salahnya," ujar wanita yang menetap di Puchong, Selangor ini. Dalam pada itu, Ziela menjelaskan dia hanya mengusik suaminya ketika dalam situasi yang santai untuk mengelakkan lelaki itu bertindak di luar kawalan sehingga boleh mengundang perkara yang tak diingini berlaku. "Masa drive thru tu memang dalam situasi yang santai. Tak pernah usik dia ketika sedang memandu atau buat kerja. "Di pawagam atau tempat awam yang tak sesuai pun saya tak usik. Tak pasal-pasal nanti dia pergi baling pula popcorn dekat orang lain," ujarnya sambil berseloroh. Ziela tidak menyangka mendapat permintaan ramai pengikutnya yang mahu dia merakam video lucu suaminya lagi selepas ini. Tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka itu meraih lebih 2.8 juta jumlah tontonan di TikTok, Ziela berkata dia bersyukur bercampur terharu kerana secara tidak langsung ia membuka pintu rezeki buat mereka. "Bukan hanya jumlah pengikut di TikTok dan Instagram bertambah, malah boleh dikatakan saya dapat tawaran sekali ganda untuk buat paid review. "Saya dan suami juga gembira apabila ramai yang terhibur dengan video tersebut. Siap ramai request saya rekod lagi aksi suami melatah sebab lucu. "Insya-Allah kami cuba pertimbangkan permintaan itu... tak salah untuk buat orang lain gembira,"akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube