PERNIAGAAN berasaskan perkhidmatan mempunyai cabaran tersendiri terutama sekali apabila berdepan pelanggan yang cerewet. Begitulah yang dialami Yuna Zalee yang menyediakan servis gubahan barang hantaran apabila pelanggannya menuntut ganti rugi bagi harga sepasang kasut tumit tinggi. Bayaran yang diminta pula sama dengan kos pembelian kasut tersebut. "Minta tolong kuasa viral anda semua, pelanggan tak puas hati dengan servis kita sampai minta refund harga kasut yang bernilai hampir RM5,000. "Apabila minta resit, tak mahu bagi... ujian apa yang Allah cuba bagi ya," coretnya di TikTok sambil berkongsi tangkap layar perbualan bersama pelanggan terbabit. Hantaran kasut yang dibuat Yuna untuk pelanggannya itu. Menerusi video yang dikongsikan, difahamkan Yuna bertindak menggunakan pita pelekat berwarna hitam pada bahagian tapak dan tumit kasut koleksi J'Adior daripada jenama Dior supaya tidak tercabut semasa dulang hantaran dibawa. Namun kesan gam yang tidak dapat ditanggalkan pada tapak kasut jenama Perancis itu membuatkan pelanggannya berasa kecewa dan meminta ganti rugi. Tidak cukup mesej secara peribadi, pelanggan terbabit turut didakwa menularkan isu berkenaan di Instagram bagi meraih perhatian netizen. Enggan terus memanjangkan isu terbabit, Yuna akhirnya segera membayar ganti rugi kasut yang dikatakan berharga RM4,900 itu menerusi satu transaksi dalam talian. ARTIKEL BERKAITAN: Ahli rombongan senyum tawar, terkejut bapa anak dara minta hantaran RM29,990! Tambah lagi dinar emas 999 - “Dia lulusan accountancy” ARTIKEL BERKAITAN: Gaji 3K tunang ‘demand’ hantaran 20K, duduk kondo mahal... lelaki sedang fikir nak batal perkahwinan Sebelum itu Yuna turut memohon maaf kerana tidak menjangkakan kerosakan seperti itu akan berlaku. "I dah cuba letak kasut tanpa gam tapi risau terbalik semasa bawa dulang nanti. Sebab itu letak double tape pada tapak. "I minta maaf tak perasan kasut boleh jadi macam tu, sebab malam I dah try dulu untuk letak. "It's okay I ganti even you pun dah viralkan," ujarnya. Saya nak kes ni selesai cepat tapi cara pelanggan saya sangat kurang beradab, tak appreciate kerja yang saya jalankan untuk dia. YUNA ZALEE Selepas membuat bayaran, Yuna meminta supaya kasut tersebut diserahkan kepadanya bersama resit pembelian. "Kasut Dior tu bagi dekat I sebab I dah refund duit kasut you," pinta Yuna kepada pelanggan terbabit. Pun begitu, dia tidak menyangka pelanggannya akan mempersoalkan kerosakan pada setiap kotak yang rosak dengan menyatakan ia dibeli di butik jenama mewah selain enggan menyerahkan resit belian. Malah mereka enggan memulangkan dulang hantaran sebaliknya meminta Yuna mengambilnya sendiri. Tangkap layar yang dikongsikan Yuna. Ketika dihubungi mStar, Yuna menyatakan bayaran ganti rugi tersebut dibuat atas dasar bertanggungjawab dengan kerosakan yang berlaku. "Saya rasa ada tanggungjawab, saya terus refund," luahnya ringkas. Namun Yuna mengakui silap kerana bertindak membuat bayaran ganti rugi sebelum resit pembelian asal dikongsikan kepadanya. Pada masa sama, dia berharap kes tular tersebut selesai dengan cepat. "Saya nak kes ni selesai cepat tapi cara pelanggan saya sangat kurang beradab dan tak appreciate dengan setiap kerja yang saya dah jalankan untuk dia. Warga maya turut bersimpati dengan Yuna dan memintanya mengambil kasut berkenaan. "Dia viral saya di Instagram dia sendiri dahulu sebelum saya tularkan di TikTok," luahnya lagi yang menerima pulangan RM200 selepas pelanggan terbabit menyatakan tersalah melihat harga kasut. Tambah Yuna pelanggan terbabit sudah memberikan kasut tanpa resit bersaiz 34 itu kepadanya. Yuna juga berhasrat untuk menjual semula kasut berkenaan pada harga RM3,000. Dalam pada itu perkongsian Yuna mendapat perhatian warga maya dan kebanyakannya mempersoalkan mengapa pelanggan terbabit enggan memberikan resit belian kepada Yuna. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube