REZEKI tak pernah salah alamat. Bermula ketika pandemik, seorang pemuda dikenali sebagai Amy Bemy kini menjadikan aplikasi TikTok sebagai platform untuk sumber pendapatan utamanya. Amy, 33, gigih menjalankan perniagaan pakaian melalui siaran langsung (live) TikTok sehingga dia menerima ribuan tontonan saban hari. Amy berniaga secara live di TikTok. "Saya memang full time berniaga live. Sebelum ini saya dalam bidang sales juga, tapi bidang tu tak berapa okay sejak pandemik Covid-19 melanda. Jadi saya mula berniaga di TikTok. "Setahun pertama sangat 'sendu', kadang-kadang kurang 10 orang yang menonton. Waktu itu saya fake, saya cuba tiru orang tapi tak menjadi. Tapi semuanya berubah bila saya jadi diri sendiri. "Alhamdulillah, sekarang dapat 3,000 ke 5,000 total views sekali live. Walaupun tak dapat lawan pencapaian orang lain, sekurang-kurangnya saya dapat lawan diri sendiri," ujarnya kepada mStar. Ada yang komen minta saya peragakan legging putih. Bila dah end live, tiada siapa yang beli. AMY BEMY Di sebalik sambutan menggalakkan itu, Amy turut meluahkan rasa terkilan apabila dia menjadi mangsa gangguan seksual ketika bersiaran menerusi TikTok. Kata Amy, dia tidak kisah untuk memperagakan seluar ketat (legging) yang dijual, namun kurang selesa apabila ruangan komen dibanjiri usikan lucah daripada segelintir penonton. "Saya salah seorang yang jual legging. Yang masuk live saya ada pelbagai golongan. Ia bermula daripada video saya sebelum ini di mana saya cakap tak kisah berkawan dengan sesiapa. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga makanan tiba-tiba viral, kedai jadi tumpuan pelanggan... Ada yang sanggup datang berulang kali ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Kelantan marah-marah masa live TikTok, siap koyak duit palsu RM100! Tak halal dunia akhirat - “Merangkaklah cari aku” "Saya faham dalam Malaysia ada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Cuma bila segelintir mereka masuk live, komen bukan-bukan, ia mengganggu customer lain yang nak membeli. Komen itu saya anggap macam gangguan seksual. "Ada yang komen minta saya pakai legging putih. Bila dah end live, tiada siapa yang beli. Rupanya saja suruh pakai sebab nak tengok rupa bentuk macam mana, terbonjol macam mana," ujar Amy. Amy turut menitipkan pesan kepada masyarakat agar menjaga adab ketika berinteraksi di media sosial dan menjaga batas setiap kali bergurau isu-isu sensitif. Amy bersyukur platform TikTok membawa rezeki buatnya. "Kalau masuk live orang, kita kena saling menghormati. Saya tak kisah sesiapa saja, saya layan semua penonton. Tapi jangan ambil kesempatan dalam kesempitan. "Jangan direct tanya, minta buka itu ini. Bukan kita tak bagi masuk untuk menonton, tapi kenalah berpada-pada," ujar Amy yang menetap di Klang, Selangor. Selain legging, Amy turut berniaga seluar kargo, t-shirt, kurta dan pelbagai pakaian lain. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube