BAGI mereka yang gemar berjalan-jalan bersama rakan, pasti sudah tahu tentang 'adat' berkongsi perbelanjaan apabila melakukan aktiviti berkumpulan. Maka tidak hairanlah apabila kos untuk pengangkutan, makanan mahupun penginapan sering dibahagikan sama rata. Pun begitu, seorang individu berpandangan adalah tidak wajar mengenakan caj kepada mereka yang menyediakan salah satu daripada keperluan perjalanan. Seperti perkongsian seseorang di Twitter, dia meminta pendapat tentang kewajaran rakan-rakannya membahagikan kos perjalanan secara sama rata merangkuminya. Perjalanan bersama rakan-rakan lebih menyeronokkan. -Gambar hiasan The Star "Saya dengan kawan-kawan nak pergi trip ke Pulau Perhentian dan rancang nak guna kereta saya. Duit tol bahagi antara mereka tapi duit minyak mereka nak bahagi termasuk saya sekali. "Saya nak tanya, memang sepatutnya macam tu? Sebab saya dah contribute kereta jadi I rasa minyak dan tol patut bahagi antara mereka sahaja. "Jadi saya tak perlu bayar apa-apa... atau saya yang salah," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Malang dapat rakan serumah kedekut, TV tak bagi tengok... mulut pun boleh tahan! - “Andai dapat kerja pangkat lebih tinggi, aku takkan berkira sedemikian rupa” ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati dapat kawan ‘scammer’, makan lain-lain tapi dipaksa bayar sama rata! Taktiknya dia bayar dulu, kemudian suruh transfer Pertanyaannya itu kemudian dikongsikan akaun Twitter Shabina sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-ratanya menyifatkan individu terbabit sebagai kedekut dan terlampau berkira dengan rakan-rakannya sendiri. "Tak pernah lagi pergi trip bahagi minyak atau tol tak termasuk pemandu. Cuma selalunya, penumpang akan belanja pemandu tu makan... kalau macam tu berkira, sewa kereta dan bahagi sama rata. "Kalau aku, kira sekali... lebih kurang tu halal. Kira sedekah kalau ada lebih daripada bahagian aku. Jangan kawan dengan orang macam ni, nampak sangat jenis berkiranya. WARGA MAYA "Selalu guna kereta saya dan kami bahagi duit tol, minyak, makan serta hotel sama rata. Disebabkan pakai kereta saya, mereka faham yang saya tanggung segala servis... jadi mereka selalu belanja saya makan. "Jangan kawan dengan orang macam ni, nampak sangat jenis berkiranya... aku tak pernah terfikir sampai macam ni, baik sewa kereta dan selesai masalah," ujar beberapa warga maya. Bagaimanapun, sebilangan lagi bersetuju dengan luahannya berikutan kos servis, kerosakan mahupun saman akan ditanggung sepenuhnya pemilik kenderaan. "Dia tak salah... saya pun akan fikir perkara sama, penyelenggaraan kena fikir dan jarak pun jauh. Servis nanti macam mana. Antara pandangan yang diberikan warga maya. "Ya tuan kereta tak payah bayar apa-apa sebab kalau sewa kereta pun berbayar. Silap-silap lebih mahal dari harga minyak dan tol. "You tak payah bayar apa-apa. Your part kena bayar penyelenggaraan kereta, balancing, alingment, minyak hitam... kawan yang baik akan faham. "Kalau awak nak keluarkan duit sekali tak ada masalah tapi sepatutnya tak perlu sebab servis tanggung sendiri dan kalau terjadi apa-apa bukannya bahagi dengan kawan-kawan," ujar beberapa warga maya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube