suria

Tomboi beria-ia nak peluk amoi tengah kerja, siap kejar masuk kedai! Netizen anggap gangguan seksual - “Dia bukan takut tapi geli’

Seorang wanita diusik seorang tomboi ketika sedang bekerja.

RAKAMAN menunjukkan seorang wanita berperwatakan seperti lelaki atau tomboi mengusik seorang wanita dipercayai jurujual di sebuah kedai aksesori tular media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik tomboi itu sendiri di media sosial, kelihatan 'mangsa' beberapa kali cuba mengelak daripada terus diganggu.

Malah dia mengakui suka mengusik wanita berkenaan kerana sudah menjangka reaksi yang bakal diterima.

Tangkap layar video tular.

Berdasarkan rakaman, tomboi itu pada mulanya dilihat berborak dengan wanita tersebut sebelum cuba memeluknya.

"Saya suka kacau amoi ni sebab dia takut dengan saya," katanya dalam video yang dikongsikan.

Video yang dijadikan kandungan di TikTok itu dimuat naik semula di Twitter oleh seorang pelayar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengkid cantik bikin mak nyah angau, nak kahwin lepas 5 hari berkenalan... Restoran Arab jadi asbab naluri songsang berubah

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh bekas mak nyah, pengkid tak tahan lama... Danny cerai Yan lepas 2 minggu nikah

Dia yang kurang senang dengan tindakan tomboi berjaket merah gelap itu turut mengakui takut seandainya diperlakukan begitu.

"Kalau macam ni, aku pun takut," tulisnya dalam ciapan di Twitter.

Video tersebut mengundang kecaman netizen yang menganggap ia merupakan satu gangguan seksual terhadap jurujual tersebut.

Ni seksual harrasment juga kan? Walaupun dia juga perempuan.

NETIZEN

Rata-ratanya meluahkan rasa marah setelah melihat rakaman video yang dikongsikan.

"Demi content ke ni? Dia bukan takut tapi geli.

"Dah macam sexual harassment. Clearly amoi tu tak selesa dengan dia. Kalau aku, dah report dah ni.

"Ni seksual harrasment juga kan? Walaupun dia pun perempuan sebenarnya," komen netizen di Twitter.

Komen netizen di Twitter.

Untuk pengetahuan, gangguan seksual adalah perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks yang biasanya dilakukan berulang-ulang.

Menurut laman web Kementerian Sumber Manusia, gangguan secara fizikal adalah dengan mendekati individu lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa.

Sebagai contoh perlakuan memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung atau terhina.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain