suria

Macam ahli nujum! Wanita ini mampu ‘tengok’ barang hilang, guna WhatsApp je boleh jumpa gelang emas

Perkongsian seorang wanita yang kehilangan gelang tangannya sejak tahun lepas.

KALAU sudah rezeki, pasti tak akan ke mana.

Begitulah ungkapan sesetengah orang apabila dikhabarkan tentang kehilangan sesuatu barang sama ada dicuri mahupun tersalah letak.

Malah ada yang menganggapnya sebagai rezeki yang berkat dan halal sekiranya ia ditemukan semula oleh si pemilik.

Seperti wanita ini, dia tidak menyangka gelang tangan emas yang hilang kira-kira setahun lalu ditemukan semula.

Antara tangkap layar perbualan yang dikongsikan Hanna di videonya.

Antara tangkap layar perbualan yang dikongsikan Hanna di videonya.

Kisah tersebut dikongsikan pelayar TikTok dikenali sebagai Hanna selepas dia berjaya membantu wanita terbabit menemukan semula gelang emas yang hilang itu.

Menurutnya, barang berharga berkenaan hilang pada 2022 dan dijumpai semula pada Julai lalu.

“Rezeki tu milik Allah. Barang kemas hilang dah bertahun pun kalau Allah berkehendak sesuatu, maka apa cara sekali pun tetap akan menjadi milik tuannya,” ujarnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Tambah Hanna, panduan yang diberikan serba sedikit itu sekadar untuk membantu mencari semula barang yang hilang, tidak lebih daripada itu.

IMG_9832

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan itu, wanita terbabit menyatakan tempat terakhir barang kemasnya dilihat adalah di dalam beg milik kakaknya.

Ia berikutan Hanna menyatakan kehilangan berkait rapat dengan individu yang kurus dan tinggi.

“Seseorang tu kakak saya, tapi dia pun tak ingat last letak mana.

“Yang saya ingat, barang tu last dalam beg dia... tapi sekarang barang tu tak ada kat kedudukan tu,” luah wanita terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Cincin kesayangan hilang asbab menang cabutan bertuah! Suami diberi ‘ganjaran segera’ selepas tak kedekut dengan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar dompet hilang ketika kuarantin, 2 hari selongkar rumah... gadis diberi petunjuk selepas 30 minit baca doa - “Macam tergerak hati nak berpaling muka”

Hanna seterusnya meminta wanita terbabit mencari di tepi katil dan dalam almari baju.

Malah dia meminta wanita itu menunjukkan tempat beg yang diletakkan di dalam almari supaya dapat mengesan kedudukan gelang tangan tersebut.

Akhirnya selepas memberikan beberapa lagi info tambahan, wanita terbabit menyatakan menjumpai gelang tangannya di dalam almari dan tertindih dengan getah rambut.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakan meminta Hanna membantu mencari barang yang hilang mahupun dicuri.

Boleh tolong carikan orang tak? Urusan tak selesai sejak arwah ayah meninggal 1997.

WARGA MAYA

Sis, motosikal suami saya hilang semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang pertama... tolong sis, kalau ada rezeki dia.

“Gelang nikah saya hilang sampai sekarang tak tahu siapa yang ambil. Cincin elok saja ada, gelang yang lesap.

“Bolehkah suruh pencuri pulangkan rantai emas, kalung besar serta gelang kaki yang dicuri pada tahun 2012 di rumah dalam kantung merah. Barang lain selamat.

“Boleh tolong tengokkan cincin arwah atuk bagi hilang. Hilang dalam simpanan,” luah beberapa warga maya.

Antara reaksi warga maya di ruangan komentar.

Antara reaksi warga maya di ruangan komentar.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen mencuit hati pada video perkongsian Hanna.

“Boleh tengok siapa yang curi duit sebab saya dituduh mencuri setiap kali duit dalam rumah hilang, mungkin kerana saya miskin... jadi mereka syak 100 peratus saya yang buat.

“Puan boleh tolong carikan orang tak? Urusan tak selesai sejak arwah ayah meninggal 1997.

“Akak boleh tengokkan siapa jodoh saya.

“Kak boleh tolong permudahkan orang berhutang tu untuk bayar hutang saya,” ujar segelintir warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain