suria

Rakan tak sensitif... Jenis suka komen negatif, potong mood kalau tengok orang lain kongsi bahagia - “Busuk hati yang tak reti kawal diri”

Sesetengah individu gemar memuat naik kisah bahagia mereka di media sosial. -Gambar hiasan The Star

SESIAPA yang sudah berkahwin, pasti tak terlepas daripada menempuh pelbagai ujian atau masalah dalam rumah tangga.

Malah, semakin lama usia perkahwinan itu, semakin banyaklah dugaan yang perlu dihadapi sehingga ada yang mengambil jalan penyelesaian untuk bercerai.

Mereka yang gagal dalam perkahwinan pula cenderung untuk berkongsi nasihat tentang kehidupan bersama pasangan, sehingga kadang kala merosakkan emosi orang lain yang rumah tangganya sedang bahagia.

Rakan sepatutnya saling memberi sokongan dan bukan menerbitkan rasa iri hati. -Gambar hiasan The Star

Rakan sepatutnya saling memberi sokongan dan bukan menerbitkan rasa iri hati. -Gambar hiasan The Star

Seperti dikongsikan pengguna Twitter ini, ada wanita yang gemar menceritakan masalah atau meluahkan perasaan sedih apabila melihat rakan, kenalan atau individu lain berkongsi gambar bahagia bersama pasangan.

“Biasanya perempuan yang suka trauma dump (luah) ketidakbahagiaan rumah tangga dekat kebahagiaan orang lain.

“Dia macam tak boleh nak percaya ada perempuan lain bahagia dalam perkahwinan. Perempuan macam ni risau nanti dia bagi penyakit ain kepada orang yang bahagia,” ciapnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM900 curang! Alang-alang rumah tangga runtuh, isteri robohkan sekali rumah 90K yang dibina... Bini baharu nangis tiada tempat tinggal

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan kisah rumah tangga artis... wanita ini dilabel derhaka buat ‘content’ tengking suami, jadikan tempat lepas geram

Malah katanya, luahan itu mungkin akan membibitkan perasaan cemburu kerana kehidupan yang dialaminya tidak seindah orang lain.

Mana tidaknya, dia yang baru sahaja meluahkan rasa gembira kerana suami berjaya mendapat pekerjaan sebagai kelasi, tiba-tiba menerima kata-kata negatif.

“Aku masa mula-mula suami dapat naik kapal, rasa happy. Tiba-tiba ada mulut jahat cakap dekat aku ‘orang kapal ni suka main perempuan, tak setia’. Banyak lagi... dan mungkin apa yang aku lalui ni ada perempuan lain lalui juga,” luahnya lagi.

Stop being busuk hati dekat orang boleh? Nanti tak pasal jadi 'ain'.

WARGA MAYA

Namun, dia bukanlah menghalang mana-mana individu daripada meluahkan perasaan sedih atau masalah yang dialami tetapi berharap ia dilakukan pada tempat dan masa yang betul.

“Kalau kau kata orang tu cuma nak luahkan masalah dia then luahkan la masa lain. Bukan masa orang tengah kongsi perkara-perkara happy.

“Dalam 24 jam waktu yang ada tu masa dia post kegembiraan, tiba-tiba kau teringat pasal masalah? Sebelum-sebelum ni hilang ingatan,” katanya.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dengan kebanyakannya pernah melalui situasi seumpamanya sama ada dalam hubungan mahupun di tempat kerja.

Malah ada yang mengakui disebabkan perkara seperti itu, mereka berasa takut untuk berkahwin dan menjalinkan hubungan dengan pasangan.

“Masa sebelum aku kahwin, kakak-kakak kat office cakap ‘mula-mula saja dik, nanti dua atau tiga tahun dah tak nak balik rumah tengok muka suami’. I was so scared and confused back then.

Same vibe macam yang wish anniversary hari tu ‘happy anniversary, kau orang masih berdua lagi? Semoga cepat dapat anak nanti’. Aku bukan perempuan jenis sensitif, tapi aku tengah celebrate anniversary masa tu.

True. Ada satu perempuan ni, dia tanya kemudian aku jawab. Baru jawab terus dia potong dan cakap ‘mana ada perkahwinan yang semuanya bahagia’.

Stop being busuk hati dekat orang boleh? Nanti tak pasal jadi 'ain'... yang kena tu pula salah sebab tunjuk padahal orang busuk hati yang tak reti kawal diri,” luah beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain