suria

Pemandu e-hailing ralit tengok awek di TikTok! Bahaya satu hal, lambat sampai pula - “Langgar kereta depan pun tak mati”

Seorang penumpang berkongsi pengalaman menaiki kenderaan e-hailing.

MENGGUNAKAN telefon bimbit semasa memandu adalah berbahaya dan menjadi kesalahan, apatah lagi ‘bermain’ aplikasi media sosial.

Bagaimanapun, seorang pemandu e-hailing dilihat leka ‘bermain’ TikTok ketika sedang menghantar penumpang ke destinasi.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial, seorang pemuda berkongsi pengalamannya menaiki kenderaan e-hailing dan pemandunya rancak menggunakan aplikasi media sosial itu ketika memandu.

Lebih mengejutkan, pemandu lelaki itu dilihat kerap ‘scroll’ dan memilih video-video yang memaparkan wanita sahaja untuk ditonton.

Pemandu e-hailing itu didakwa memandu perlahan gara-gara 'melayan' video wanita di TikTok.

Dalam video berdurasi 2 minit dan 43 saat itu, penumpang berkenaan menjelaskan ini bukan pengalaman pertama kali dia berdepan pemandu e-hailing yang ketagih bermain TikTok.

“Sebenarnya dah banyak kali terjadi, tapi semalam insiden paling teruk. Bro, kau nak main TikTok kat lampu isyarat, tengah lampu merah, tengah tunggu, OK tak apa. Tapi kau tengah memandu, scroll scroll,” katanya.

Apa yang menjadi kebimbangannya adalah sikap pemandu e-hailing yang memandu berkenaan akan mengancam keselamatan penumpang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lelaki macam ni yang kami benci” - Pemandu e-hailing asyik usap kemaluan, rupanya tak berdaftar di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Pereka fesyen bengang naik e-hailing! Pemandu merungut penumpang gempal, takut kereta rosak - “Ni perkhidmatan jenis apa?”

“Kebimbangan aku adalah keselamatan. Macam mana kau boleh fokus di jalan sedangkan kau tengah scroll kat TikTok. Kalau kau dengar video tak apa, tapi kau scrolling,” ujarnya.

Gara-gara bermain aplikasi popular itu, dia mendakwa pemandu e-hailing yang membawanya itu memandu terlalu perlahan antara 60 hingga 70 kilometer sejam.

“Kalau kau langgar kereta depan pun aku rasa tak akan mati. Sebab kau memandu terlalu perlahan. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 30 minit, tapi dia bawa saya sampai 50 minit untuk tiba ke destinasi.

“Sebenarnya aku ni jenis tak merungut kalau orang lain pandu perlahan. Aku dah kena dengan pakcik yang pandu perlahan, aku okay.

“Tapi kau pandu perlahan sebab tengah buat sesuatu (main TikTok). Bukan sebab saya bayar servis kau, tapi ini lebih kepada keselamatan aku. Bayangkan kalau kau terlanggar orang,” katanya yang turut memberitahu kenderaan yang melalui lorong kiri dapat memintas kenderaan e-hailing yang dinaikinya.

Kenderaan di lorong kiri memintas kereta e-hailing yang dinaikinya.

Pemuda itu menyifatkan pemandu e-hailing itu tidak beretika apabila memandu sambil membawa penumpang dalam keadaan yang membahayakan.

“Kalau nak main TikTok, scroll TikTok masa tunggu kat lampu isyarat atau sementara tunggu penumpang atau nak terima job, OK je. Tapi bukan masa kau memandu.

“Kepada semua pemandu e-hailing di luar sana, termasuk anda yang memandu... tolonglah jangan scroll TikTok,” tegasnya.

Nak main TikTok, scroll TikTok masa tunggu kat lampu isyarat atau sementara tunggu penumpang atau nak terima job, OK je. Tapi bukan masa kau memandu.

PENUMPANG

Berdasarkan pengamatannya juga, pemandu e-hailing itu rupanya sudah berkahwin.

“Lepas dia scroll scroll perempuan punya TikTok, dia telefon isteri, Ayang balik, masak ketam. Letak kat air fryer, masak garing-garing, letak garam,” katanya.

Di ruangan komen, pemuda itu mendedahkan kejadian yang dialaminya berlaku di Johor Bahru.

Antara komen netizen.

Tidak melaporkan aduan kepada pengendali perkhidmatan, dia sebaliknya hanya memberi rating satu bintang terhadap servis pemandu e-hailing berkenaan.

“Undang-undang jalan raya, tak boleh jawab telefon masa memandu. Ni tengok TikTok lagi la. Kalau saya, dah buat report.

“Mata nak tengok aplikasi Waze lagi, nak tengok TikTok lagi. Mata dia macam arnab ke? Sangat bahaya,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain