suria

Mat rempit buat ramai ‘naik darah’, memekak dengan ekzos paip senapang waktu solat! - “Orang menyampah sebab perangai kau”

Gangguan bunyi daripada motor boleh menganggu aktiviti ibadah. -Gambar hiasan

GOLONGAN mat rempit sering menjadi bahan cemuhan ramai kerana 'hobi' mereka yang dianggap mengganggu ketenteraman awam.

Terbaharu, seorang pemuda di laman Facebook turut memuat naik satu nukilan panjang lebar, menyelar golongan berkenaan.

Menurut Aqif Aqifdanial, dia terpanggil untuk menegur mat rempit kerana ramai yang menyampah dengan perbuatan mereka.

file7gi7zl21rxi8cok740j

Gejala sosial melibatkan mat rempit menjadi isu yang tidak pernah selesai di negara ini. -Gambar hiasan

"Ni aku nak tegur kepada mat rempit sampah, kau tahu kenapa kau digelar sampah masyarakat? Sini aku terangkan.

"Orang tak kesah kau nak main motor tak Kira la RXZ ke, 125, Y15, LC, apa-apa sekali pun, yang orang menyampah sebab perangai korang," tulisnya.

Menurut Aqif, golongan berkenaan kerap membuat bunyi bising sehingga ia turut menganggu tumpuan mereka yang sedang beribadah.

Kau nak berlumba ke, pergi meninggal apa sekali pun kau pergi seorang, jangan ajak orang lain.

AQIF AQIFDANIAL

Tambahnya, gangguan sama sering berlaku di kawasan restoran yang menjadi lokasi tumpuan keluarga.

"Datang isi minyak 'rem-rem' macam monyet berebut makanan dengan ekzos NLK paip senapang kau tu. Lagi-lagi waktu Maghrib banyak terjadi juga main-main 'rem' tak kira orang tengah solat atau tak.

"Di stesen minyak ada surau. Surau tu tempat orang solat, kalau kau tahu waktu tu waktu orang solat, kau diam-diam. Ni kau dah la tak solat, tak tahu mana hala, lagi kau kacau orang nak solat.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rempit budak sekolah’ gelabah dicekup tak lama selepas ‘seru’ polis di live TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Minah rempit tak sayang nyawa, meniarap buat aksi ‘superwomen’ atas highway... Rambut menggerbang, tudung berkibar buat ramai seram

"Apabila korang pergi ride dan singgah makan di mana-mana kedai, yang ni banyak juga terjadi. Orang bawa anak bini datang nak makan bukan nak dengar ekzos kau tu," tulis Aqif lagi.

Selain itu, Aqif berkata aktiviti rempit turut mengganggu masyarakat pada waktu malam, sekali gus menyusahkan mereka yang mahu berehat dan melelapkan mata.

"Apabila kau guna (motor) tiap masa, bila waktu malam orang tersedar daripada tidur akibat ekzos kau. Pukul 3 atau 4 pagi lalu depan rumah orang, tak ke menyusahkan orang tu?

"Sering terjadi pada malam minggu di mana mat rempit sampah masyarakat ni mereka akan ambil satu jalan untuk mereka race malam minggu.

rem3

Golongan rempit berisiko tinggi terlibat kemalangan jalan ray. -Gambar hiasan

"Itu tak apa lagi, yang tak tahan kau buat jalan tu macam mak ayah kau punya sampai kenderaan lain terpaksa berhenti dulu sebab korang berkumpul di tengah jalan, jadi penyokong dan tunggu giliran nak race," ujarnya lagi.

Di penghujung nukilannya, Aqif turut memberi peringatan kepada mat rempit supaya menjaga sikap bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, khususnya melibatkan pengguna jalan raya yang tidak bersalah.

"Kau nak berlumba ke, pergi meninggal apa sekali pun kau pergi seorang, jangan ajak orang lain. Kalau dah tahu jalan tu sibuk jangan kebulur nak test top speed motor kau tu.

"Kau celah sana-sini, main ular sana-sini, apabila kemalangan, kalau mati kau seorang tidak mengapa. Ini kau libatkan mereka yang tak bersalah," ujar Aqif lagi.

file6wfsd8pgjhdun5irk1f

Posting tentang rempit raih perhatian ramai di Facebook. -Gambar hiasan

Posting di group B40 Buat Perangai Apa Harini itu meraih lebih 2,200 tanda suka dan turut dihujani lebih 500 komen netizen.

"Terima kasih bang wakilkan kami semua yang rasa benda yang sama.

"Budak sekolah menengah pun dah pandai rem motor kawasan sekolah, tak hormat langsung tempat menimba ilmu.

"Main motor tu main la juga, tapi biar la ada common sense," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain