HOTEL adalah antara jenis penginapan yang gemar dipilih sekiranya mahu bercuti ataupun bertugas di luar kawasan (outstation). Sekali-sekala menginap di lokasi lain dengan dekorasi yang cantik, sudah pasti ia membangkitkan mood yang berbeza. Seiring dengan citarasa moden dan terkini, kebanyakan hotel tampil dengan 'interior' bercirikan elemen dari barat seolah-olah tetamu merasai pengalaman penginapan seperti di luar negara. Justeru bagi masyarakat kita yang dibesarkan dalam budaya timur, adakalanya dekorasi hotel seperti ini dilihat kurang menepati citarasa. Dalam satu hantaran di Facebook, seorang individu tampil menyuarakan pandangannya berhubung perkara tersebut agar ia dapat dipertimbangkan selepas ini. Dalam nada gurauan, individu tersebut meminta 'jasa baik' bakal pengusaha hotel agar menambah baik di bahagian tandas dan bilik mandi agar ia lebih sesuai untuk semua peringkat tetamu terutamanya bagi mereka yang berkeluarga. Hotel sering menjadi penginapan pilihan ketika bercuti ataupun bekerja di luar kawasan (outstation). "Kehadapan bakal pengusaha hotel. Mohon janganlah ikut trend tandas dan bilik air yang ada kaca sahaja dan tiada kunci. Memanglah ada langsir tapi buatnya anak pergi tarik langsir tu, habis terpampang segalanya. "Yang duduk di hotel ni, bukan semuanya tengah muda mudi nak honeymoon dengan suami isteri. Kena spare bawa kain basah kalau macam ni... ataupun pakai saja kain batik. NETIZEN "Ada yang bawa anak kecil sekali, ada yang untuk urusan kerja rasmi yang memerlukan bilik dikongsi. Susah juga la nak buang air kena turun bawah pakai tandas di lobi. "Sekian luahan hati seorang bapa yang berkongsi bilik dengan orang lain. Sudah-sudah lah ikut trend ni," tulisnya dalam hantaran tersebut sambil menambah agar pandangannya diambil secara 'santai'. ARTIKEL BERKAITAN: Hajat nak berehat tapi dapat 'takut', 7 sekeluarga penat beraya sukar lelap di hotel misteri, “Dalam gambar lain, realiti menyeramkan” ARTIKEL BERKAITAN: “Dia main tendang pintulah...” - Percutian sekeluarga bertukar ngeri, hanya sempat tidur semalam... Rupa-rupanya hotel penginapan tersenarai lokasi seram di PD Rata-rata warga maya turut sama terhibur dengan hantaran individu tersebut malah berkongsi pengalaman yang hampir sama ketika menginap di hotel. "Honeymoon takpalah bilik macam ni... Tak ada langsir pun tak apa. Ni kalau bawa anak jenuh bertempik bapa dengan mak nak mandi. "Setuju sangat-sangat. Tak sesuai kalau ada anak kecil sekali. "Bukan apa tu, nanti berak sambil tu boleh sembang sekali... tak boring sangat masing-masing nampak," demikian antara komen lucu netizen. Komen lucu netizen terhadap perkongsian berkenaan. Namun ada yang tampil dengan cadangan sebagai persediaan untuk mengelakkan situasi berkenaan. "Kena spare bawa kain basah kalau macam ni... ataupun pakai saja kain batik. "Sebelum nak buat booking, kena tengok elok-elok gambar bilik yang nak ditempah tu," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube