CINTA pandang pertama! Itulah yang dirasai Qamarina Raihan, 24, apabila pertama kali melihat Muhammad Hazim, 27, dalam sebuah majlis kenduri kahwin pada 20 April 2021 sebelum jejaka itu menjadi suaminya. Menurut Qamarina, pemuda itu merupakan adik kepada kawan baiknya sendiri yang memiliki ciri-ciri suami idamannya selama ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya ikut kawan baik balik kampung dia di Temoh, Perak sebab ada kenduri kahwin. Kebetulan masa sampai, saya nampak Hazim berdiri depan rumah tunggu kakak dia sampai sambil senyum dekat saya. "Itulah pertama kali saya nampak Hazim sebab saya tinggal di Ampang dan dia di Temoh. Selama ni saya memang tak pernah kenal dia. "Masa tu saya dah jatuh cinta dengan senyumannya yang manis dan kulit dia yang gelap. Saya suka lelaki yang pemalu macam dia," katanya ketika dihubungi mStar. Tanpa pernah keluar bersama, pasangan ini bertunang setelah enam bulan berkenalan. Setelah tiga hari menetap di rumah kawan baiknya, Qamarina yang merupakan seorang pramugari pada ketika itu pulang ke ibu kota semula. Bagaimanapun, wanita ini tidak pulang dengan 'tangan kosong' apabila dia berjaya memiliki nombor telefon Hazim yang diperolehi daripada kawan baiknya. "Disebabkan dia seorang pemalu jadi saya pun cari akaun Instagram dan nombor telefon untuk WhatsApp dia. Balik ke KL dia pun follow (ikut) saya semula di Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Crush masa Form 1 muncul di kenduri kahwin kakak, bermula curi pandang kini jadi tunang - “Masa majlis bertandang, dia beranikan diri hubungi saya” ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sangka lelaki sanggup korban tidur sebab nak ‘guide’ daki gunung akhirnya ‘guide’ dirinya ke jannah - “Mula-mula tak suka dia” "Saya mula tegur dia setelah balik ke KL dan kami mula berkenalan. Selepas sebulan berkawan, saya mengurat dia sebab dia tak ada pula mengurat saya. Tapi masa tu dia main tarik tali dengan saya. "Bukan senang nak dekati dia sebab dia tak yakin dengan saya yang tinggal jauh di KL. Saya pula masa tu diberhentikan kerja dan jual kek dan cookies dari rumah saja. Saya pun yakinkan dia yang saya okay nak pindah duduk Perak (selepas kahwin). Qamarina terpikat dengan suaminya yang memiliki senyuman manis dan berkulit gelap. Percubaan untuk menawan Hazim yang dianggap sebagai 'crush' ini akhirnya berjaya apabila mereka mengikat tali pertunangan setelah enam bulan mengenali satu sama lain. Sebagaimana dapat dilihat dalam video yang tular, pada 17 Oktober 2021 mereka bertunang di kediamannya di Ampang, Kuala Lumpur. Tak ada maknanya malu dikatakan perigi cari timba. QAMARINA "Waktu bercinta tu masa PKP jadi saya dengan dia hanya berhubung menerusi panggilan telefon sahaja. Selepas PKP tamat, dia ajak saya bertunang. Saya bersetuju dan keluarganya dari Perak datang ke rumah saya meminang. "Dalam video tu pertama kali famili saya jumpa dia sebab saya tak berkesempatan kenalkan dia dekat mereka. Waktu itulah saya betul-betul jumpa bertentang mata dengan dia sebab masa kenduri tu kami tak bertegur masing-masing hanya tengok dari jauh," ujarnya lagi. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Menurut Qamarina, suaminya Hazim enggan melengahkan lagi niat suci mereka untuk berkahwin dan akhirnya melangsungkan perkahwinan pada 28 Februari 2022 yang juga tarikh lahir lelaki itu. Mengenai video yang dikongsikan, di ruangan komen ramai yang meminta tip daripada Qamarina bagaimana dia berjaya menjadikan 'crush' sebagai suami. Qamarina dan Hazim berkahwin pada tarikh sama dengan hari lahir suaminya. "Nasihat saya, jangan takut atau segan untuk tegur orang yang kita minat. Tak ada maknanya malu dikatakan perigi cari timba. "Kalau tengok je crush tapi tak mulakan sampai bila-bila kita tak akan tahu nasib. Alhamdulillah saya bersyukur... Dengan teguran yang saya mulakan. saya dah berkahwin dan mempunyai anak lelaki kini berusia tiga bulan," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube